TIPS MENGATASI MASALAH PCOS AGAR CEPAT HAMIL
Saya dan suami sudah berkahwin 4 tahun lebih. Setiap pasangan mesti idamkan anak kan. Macam tu juga la kami. Macam macam usaha kami buat supaya cepat hamil. Pelbagai rawatan dah pergi. Asal orang cakap je tempat tu bagus, pergi. Tradisional, moden semua ada. Kalau tidak silap, kami start serius dengan rawatan doktor apabila masuk tahun kedua perkahwinan. Kami pergi ke klinik Raofah di Silibin, Ipoh. Bila doktor scan doktor sahkan saya menghidap PCOS. Terpinga pinga juga tak pernah dengar, cepat cepat la google PCOS dan cara mengatasinya. APA ITU PCOS? PCOS itu berkaitan ketidakstabilan hormon dalam badan wanita dan kerintangan insulin (sebab tu la dapat ubat kencing manis). Ovari menghasilkan telur Senang cerita PCOS ni la yang mengganggu kesuburan seseorang wanita. ADAKAH METFORMIN DAPAT MENGATASI MASALAH PCOS? Memang tidak dinafikan Metformin dapat merawat PCOS. Metformin dapat mengawal hormon dalam badan maka kesuburan dapat ditingkatkan. Waktu saya berjum...