Elyana Gegar Vaganza Kena Kanser stage 4
Semalam, Malaysia digegarkan dengan pengumuman Elyana sendiri berkenaan dirinya yang sebenarnya sedang menghidap kanser stage 4. Bayangkan elok je menari, menyanyi tapi sebenarnya sedang bertarung dengan satu penyakit yang paling ditakuti, KANSER. Kanser ni dah jadi satu penyakit yang biasa. Sesiapa je boleh diserang. Kanser menyerang tidak kira orang, sama ada dato, datin, orang kaya, orang miskin. Banyak faktor yang menyebabkan kanser. Antaranya pemakanan, cara kehidupan seharian dan lain lain. Kanser ini disebabkan ketidakseimbangan replikasi sel dalam badan. Sel membiak (replikasi) secara tidak normal dan menyebabkan wujudnya tumor. Tumor pula terbahagi kepada dua iaitu tumor bukan kanser dan tumor kanser. Tumor bukan kanser ini tidak merbahaya dan tidak merebak ke kawasan lain dalam badan. Tetapi tumor kanser sangat bahaya kerana ia merebak ke kawasan lain dalam badan dan menyerang organ organ serta mengakibatkan komplikasi. Kehilangan fungsi organ akhirnya mengakibatkan kemati...