Posts

Showing posts with the label ujian hsg

Apa itu HSG? Sakit ke buat HSG?

Image
Kebiasaannya, isteri isteri yang dalam usaha untuk mengandung, antara proses yang perlu dilalui ialah HSG. HSG ialah singkatan untuk hysterosalpingogram iaitu prosedur yang menggunakan X-ray untuk melihat tiub fallopio sama ada tersumbat atau tidak. Tetapi dia bukanla seperti xray badan yang biasa itu. Prosedurnya agak rumit sedikit dan selalunya sakit. Doktor akan memasukkan alat untuk membuka pintu rahim dan kemudiannya dye akan dilepaskan ke dalam rahim. Ketika dye ini bergerak, Xray diambil. Prosedurnya tidak lama sekitar 5-15 minit bergantung kepada individu. Tahap kesakitan yang dialami juga berbeza mengikut individu. Ada yang tak rasa sakit pun, ada yang rasa sakit sangat. Macam saya dah lalui dua kali. Kedua dua nya sakit kot. hehe. Sakitnya rasa seperti senggugut tapi yang sangat kuat. Rahim terasa senak. Kesakitannya tidak terhenti di situ, ia akan berlarutan sehingga 5-6 jam kalau kes saya. Tapi mungkin orang lain sekejap je kot. Tengok la sendiri gambar itu untuk lebih je...

Vivix Untuk Tiub Fallopio Tersumbat?

Image
Dalam entry sebelum ini, saya ada cerita berkaitan HSG iaitu ujian untuk tahu adakah tiub fallopio kita tersumbat ataupun tidak. Jika tidak tersumbat tiada masalah. Tetapi, jika tersumbat apa perlu buat? Yup, sudah semestinya, KECEWA! harapan untuk mengandung lenyap. Tapi setiap ujian Allah mesti bagi cara penyelesaian nya. Doktor bagi dua pilihan sama ada IVF atau pun pembedahan Laparoskopi. Rawatan ini merawat tiub fallopio dan sudah semestinya kami memilihan pembedahan. Ramai salah anggap, apabila disahkan tiub fallopio tersumbat cukup sekadar makan supplement. Tidak ye. Anda masih perlu meneruskan rawatan yang dicadangkan. Tetapi supplement tidak boleh diketepikan. Vivix dicadangkan untuk diambil selepas pembedahan untuk memastikan luka pulih dengan sempurna dan memberi sokongan kesihatan serta meningkatkan tahap kesuburan. Jadi jika anda disahkan tiub fallopio tersumbat, jangan putus harapan. Teruskan berusaha. Isteri Fizo Omar pun mengandung setelah disahkan tiub fallo...

Bagaimana Ingin Mengandung Cepat?

Image
Setiap pasangan yang sudah berkahwin mesti inginkan cahaya mata. Dari bulan ke bulan mencuba unutk mengandung tetapi hampa. Bila datang bulan, kecewanya sukar digambar. Menangis macam esok nak kiamat pun ada (aku la tu). Bila tak datang bulan, cek upt, hampa juga. Dari bulan ke tahun. Adakah perlu tunggu je? Bagi saya, kami tiada masa untuk tunggu. Semakin hari semakin berusia. Sementara masih kuat ingin juga besarkan anak sendiri. Bila tengok kawan kawan sekeliling mengandung, sedih. Bila tengok orang yang kahwin selepas kita mengandung, rasa kecewa. Tapi sampai bila??? Apa langkah yang perlu diambil? JUMPA DOKTOR SAKIT PUAN. Doktor yang saya maksudkan ialah doktor pakar. Bukan doktor di klinik klinik biasa. Doktor sakit puan lebih arif dan lebih banyak pengalaman untuk membantu kita untuk mengandung. Mungkin ada yang keliru, di mana ingin dapatkan doktor sakit puan? Jangan risau, terdapat banyak pilihan. Ada doktor yang membuka klinik sendiri kalau di IPOH Dr Raofah di SILIBIN at...