Posts

Showing posts with the label Shaklee Ipoh

Lebam bawah Mata sebab Keturunan Arab

Image
Waktu belajar dulu, sahabat baik saya suka menyakat saya, bila orang tanya saya ni orang Penang ke? yela muka gelap gelap gitu, hidung mancung sikit. hahaaha.. Tapi dia akan jawab,  "Dia ni mak dia  keturunan Arab, ayah dia keturunan Penang" Memang mak saya berketurunan Arab tapi jauh dah pun. Tok kepada tok ke mcm mana ntah. Tapi ada la darah tinggi tu sikit sikit kan. Hehe.. Tapi tahukah anda, orang yang berketurunan Arab ni selalunya ada lebam di bawah mata. Sebab tu kanak-kanak arab pun kadang kadang ada lebam bawah mata. Tapi kalau dah bukan keturunan Arab, tapi ada lebam bawah mata juga bukan ia sesuatu yang luar biasa. Terutama sekali, mak-mak yang beranak kecil yang terpaksa berjaga malam. Bila tidak cukup tidur, maka timbul la lebam bawah mata.  Wajah kita nampak tidak bermaya, dan keletihan. Memang sangat tak best kan.   Jadi, apa tindakan anda untuk atasi masalah ini? Jom saya kongsikan satu produk yang sangat berkesan untuk masalah anda i...

6 Tips Masuk Rumah Baru

Huh, bila dapat je kunci rumah daripada Developer, mesti blank tak tahu nak buat apa dulu kan. Tak tahu apa yang perlu diutamakan dulu supaya boleh duduk rumah baru tu. Hah, meh zati share apa korang perlu buat...Ini berdasarkan pengalaman sendiri masuk rumah baru. Setiap orang mungkin lain caranya. Oh selain jual supplement, aku memang suka buat kerja kerja begini. hahaa 1. Cek kerosakan dan kecacatan  Biasa la yang buat rumah tu manusia jugak jadi mesti ada kerosakan yang diorang tak perasan. Jadi tugas pembeli untuk periksa sebarang kerosakan yang ada di rumah seperti dinding pecah, cat tidak sekata, plaster pecah ke, bocor ke, atau apa-apa je yang tak sedap mata memandang.  2. Upah Wireman Langkah kedua, kami survey wireman untuk buat wiring satu rumah. Sebab kalau nak cantik better buat sebelum duduk untuk tambah plug sebanyak mungkin, tambah point aircond, point kipas dan macam macam lagi. Kalau buat sebelum duduk, dia akan tebuk dinding so xde la sakit mata ...

Produk Cantik yang Berkesan dan Selamat

Image
Baru-baru ini viral berkenaan suntikan Vitamin C. Tujuannya supaya cepat cantik dan putih gebu. Tahukah anda, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak pernah mendaftarkan 'suntikan Vitamin C'. Tetapi oleh kerana permintaan yang tinggi terhadap produk kecantikan, ramai pengedar kosmetik yang tidak bertanggungjawab yang muncul bagi memenuhi kehendak masyarakat yang ingin cepat cantik. Hasil pemantauan yang dijalankan oleh  Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) mendapati terdapat produk kecantikan seperti pencerah kulit, suntikan Vitamin C dikesan mengandungi bahan terlarang yang dijual secara berleluasa di premis kecantikan. Produk-produk ini dicampur dengan hidrokuinon dan tretinoin yang merupakan bahan beracun dalam Jadul Pertama Akta Racun 1952. Penggunaan bahan-bahan ini secara tidak terkawal dan berterusan boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti kulit menjadi merah dan terbakar, hiperpigmentasi dan paling teruk ialah kanser kulit. Kesan kecantikan kulit dalm tempoh yang...

Abah dan kanser (part1)

Suatu pagi, tengok handphone ada misscall banyak kali dari mak. Hati dah mula tak tenteram. Bila ada panggilan telefon waktu yang awal pagi, lewat malam ni selalunya emergency. Cuba call balik, kedengaran suara mak tenang. Ok. Legaa.. "Ni kereta abah tak boleh start, tapi dah call Ah Kong suruh tukar bateri. Ni abah tak boleh pergi sekolah lagi, nak pinjam keta hang,mai la rumah bawak roti canai, abah nak." "lebih kurang begitu la bunyinya.. Ya Allah, punya la lega. Ingatkan apa la tadi. rupanya nak bagitau tu dan suruh beli roti canai.. hehe.  Tapi mesti korang hairankan kenapa aku nak risau sangat. mak call je pun.. Erm.. tak tau nak cakap macam mana. Sebab dua tiga menjak abah kelihatan lain. Dia nampak lemah. Pernah satu malam dia call aku, dia bagitau najis dia gelap hitam.. Dia rasa dia kena ulser perut. Aku pun tanya gelap macam mana.. last last die tak tau nak jawab, dia sempat melawak.. "Awat, hang nak tengok ke???" Perbualan kami haritu te...

Produk Kecantikan Terbaru Youth Shaklee

Image
Baru baru ini Shaklee ada melancarkan produk kecantikan terbaru iaitu YOUTH. Walaupun baru dipasarkan di Malaysia, tetapi sebenarnya di USA sudah mula dipasarkan pada tahun 2017.  Menariknya, YOUTH dipasarkan selepas 8 tahun kajian dijalankan!! ye 8 tahun kajian!!  Ini bermakna produk Youth ni bukan produk timbangkilo ye. Produk YOUTH turut menjalani ujian klinikal dan menunjukkan 100 % pengguna YOUTH mendapat kesan positif. Produk YOUTH datang dalam bentuk set dan loose item. Walaubagaimanapun buat masa ni hanya set sahaja dijual dan loose item akan mula dijual bulan Mei nanti. Ok meh saya cerita serba sedikit tentang set YOUTH ni. Ada 6 produk di dalam set lengkap YOUTH. Antaranya, Cleanser, Toner, Moisturizer dan SPF, Night Cream, Serum dan Vitamin C & E. Youth ini diperbuat daripada tumbuhan semulajadi ye. Antaranya anggur muskadin, alga hijau, sel epal dan lain lain. Ia memang dijamin selamat dan bebas daripada 1500 bahan kimia berbahaya. Jadi, rasanya tak ...

Menu Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat

Image
Baru baru ni kami ada buat kenduri kesyukuran. Alhamdulillah ramai yang datang dan ramai yang kata makanan sedap. Jadi rasa macam nak share sikit menu-menu dan catering mana yang kami ambil. Kenduri ni buat sebelah petang jadi menunya pun untuk minum petang la. =) Sebenarnya tak semua ambil dekat catering, ada juga tambahan sikit daripada tempat lain.. Menu utama ambil catering LEMAS CHAR KWAY  TEOW. 1. Bihun Sup 2. Macaroni Goreng 3. Bubur Cacar 4. Teh tarik 5. Air kordial Waktu order kat catering ni bayangkan bihun sup simple je. Rupanya bihun sup je 4-5 bekas dia bagi. Siap set la. Bihun, sup, sayur sawi, daun sup,  ayam carik, cili kicap. lengkap semua. cili kicap die memang pedas n sedap. tengok sendiri la gambarnya walaupun tak tangkap gambar semua. tak sempat. oo lagi satu catering ni tak berkira. Kak syima ni offer buah free lagi walaupun tak mintak pun. air lebih, bihun lebih. Harga? contact sendiri sebab memang berbaloi sangat dengan apa yang die offe...

Cara Jana Pendapatan dari Rumah

Assalamualaikum. Harini macam kecoh sesiapa yang pendapatan bawah Rm3000- RM3500 ( tak sure)  di bandar tergolong dalam golongan miskin. Mak ai RM3000 dah tergolong kome oi. Nampak sangat kos hidup semakin tinggi. Kalau kerja di Kuala Lumpur bayar nursery anak pun RM500 kena standby kan. Itu baru seorang. kalau 3 orang? Duit minyak, duit tol, kos makan minum, bil bil. Memang tak cukup Rm3000. Bila tak cukup duit, mula la rasa stress, balik rumah kadang kadang anak bini jadi mangsa. Kalau bini kerja ok la sikit, kalau tak kerja? Jadi isteri isteri di luar sana, tak kesah la anda berkerja atau tidak jom kita jana pendapatan dari rumah. Mudah. Ramai dah buktikan termasuk saya sendiri. Bisnes yang saya maksudkan ini iatu BISNES SHAKLEE. Dalam bisnes Shaklee, kita akan dapat 2 jenis income sekaligus. 1. Untung daripada jualan runcit. Kalau pelanggan kita tidak mendaftar sebagai ahli, kita menjula produk pada harga runcit jadi kita akan dapat untung runcit. 2. Bonus daripada Shaklee...

Cara dan Kelebihan menjadi Ahli Shaklee

Alhamdulillah. Bulan ke bulan makin ramai yang register jadi ahli shaklee bawah Millionaire Legacy, iaitu group shaklee saya. Selama ni ramai yang tak faham apa kepentingan jadi ahli shaklee..  Macammana nak jadi ahli shaklee? Kenapa kena jadi ahli shaklee?  Nak jadi ahli ada macam macam cara sebenarnya. 1. Bayar yuran pendaftaran rm68.90 dan tadaa terus jadi ahli shakee Atau 2. Beli 2 botol vivix dan terus free keahlian. Atau 3. Beli mana mana produk shaklee sehingga jumlah tertentu dan layak dapat jadi ahli shaklee. Setiap produk shaklee ada point yang dipanggil uv. Jadi kalau cukup 200 uv memang free ahli. Kenapa perlu jadi ahli shaklee? Ni pun ramai salah paham. Depa ingat kalau jadi ahli shaklee kena buat bisnes.. no no no. Tak semestinya.. tapi kalau dah jadi ahli shaklee anytime boleh buat bisnes.. Antara kelebihan jadi ahli shaklee.  1. Dapat harga ahli.. bila cakap je hrga ahli mestilah lebih murah. Jadi dah jimat disitu. ...

Cara Hilangkan Sakit Lutut

Image
Saya pernah pergi satu farmasi ni. ternampak spray untuk sakit lutut especially untuk sembahyang. memang itu la target market dia. mak cik pak cik yang tak boleh nak sembahyang dengan sempurna. Mahal juga. 3 angka kecik je botol nya. tentang keberkesanan saya tak sure sebab tak pernah try plak. Yela bila makin berusaha, fluid kat lutut tu makin berkurang sebab tu makin berusia makin sakit.  Tapi VIVIX pun boleh juga membantu hilangkan sakit lutut ni. Alhamdulillah memang ramai dah rasa keberke sanan nya termasuk saya sendiri. VIVIX ni lagi  power sebab vivix ni ada resveratrol yang memulihkan se badan sampai ke tahap paling jauh iaitu DNA kita. Jadi kalau setakat lutut tu memang masalah kecil je bagi vivix untuk pulihkan. Tu yang bestnya bukan lutut je improve, dalaman pun jadi lebih sihat, InsyaAllah. Mahal ke VIVIX? Sebenarnya VIVIX tak mahal pun kalau nak dibandingkan dengan keberkesannya. Sebab beli vivix peluang untuk baik tu tinggi berbanding berhabis duit cuba ...

Jalan Jalan Lexis Penang

Image
Dulu viral la juga Lexis Port Dickson. Ramai juga kawan kawan pergi ke sana post gambar ada swimming pool dalam bilik hotel kan. Siapa tak teringin ye dak. Kami laki bini ni memang duk rancang nak pergi tapi tak pergi pergi pun.hehe.. tup tup Lexis bukak cawangan kat Penang. Ha dekat sini jadi apa lagi.. =) Saya ni kalau nak booking hotel saya selalu cek dekat website, Agoda ke booking dan call direct ke hôtel ke untuk compare harga. Kadang kadang call ke hotel ni lebih murah sebab kami dapat government rate. Macam Lexis Penang ni memang lebih murah by call hotel. Sebab tengok dekat website RM500-600 juga. tapi bila call manager tu kata Rm365 je. Uish jauh kan beza. Dengan excited nye book la by call. Tiba tiba manager call balik, dia minta maaf dia terlepas pandang. Rupanya tarikh kami nak pergi tu public holiday, jadi kena surcharge Rm150 macam tu. Jadi memang betul la harga kat website tu. Jadi kami pun cancel la sebab mahal sangat. Dan sekali lagi manager call kata nya dia bagi pe...

Tempat Menarik di Penang (part 2)

Image
Ok setelah sekian lama, baru berkesempatan nak sambung cerita tempat menarik di Penang terutama sekali tempat makan. hehe. Part 1 boleh baca disini. https://saudagarvitamin.blogspot.my/2017/10/tempat-menarik-di-penang-part-1.html Pagi hari kedua di Penang kami breakfast di hotel je. Lepas tu lepak kat hotel je sementara tunggu kawan suami n isteri dia sampai. Diorang sampai je kami terus start misi jalan jalan cari makan. =) Lokasi pertama hari kedua ialah DEEN MAJU. Yang bestnya DEEN MAJU ni terletak dekat sangat dengan hotel kami duduk, jalan kaki dalam 5 minit. DEEN MAJU ni bukak pukul 2.30 petang sampai 11 malam. Jadi sebelum nak tunggu lunch kat situ, lebih baik lapik perut ke apa dulu sebab dah sampai situ kena beratur panjang plak average 30 minit -1 jam nak sampai turn. Tapi seriously korang takkan menyesal sebab memang terbaik nasi kandar dia dengan harga yang berpatutan. Jemput tengok menu kami,  sotong, udang semua ada. dalam RM100 rasanya tapi memang amik lauk pun ...

Pembedahan Laparoskopi dengan Dr Hamid Arshat

24 - 26 Februari 2016 tarikh Zati dimasukkan ke Hospital Pantai Kuala Lumpur untuk pembedahan LAPAROSKOPI. Sebenarnya laparoskopi ni one day treatment je kalau buat dekat klinik Dr Hamid Arshat.  Tapi kami pilih buat kat hospital Pantai jadi kena la admit 3 hari. Dr Hamid Arshat memang ada link dengan Hospital Pantai so memang die juga yang akan operate. Hari pertama, 24 Februari tu, hari check in je. Kami gerak dari Ipoh hari tu juga. Tapi bila sampai takde bilik lagi jadi kena la tunggu. Kami ronda ronda ke area sekeliling Hospital nak cari hotel untuk suami sebab kemungkinan besar tak dapat bilik single. Ala ala tourist jalan jalan kl jalan kaki je. hehe. Sekali ada sedara ternampak kami feeling feeling tourist tu, dia call ajak makan. memang lawak bila ingat balik. Malu pun ada. Maka terus la pergi makan kedai mamak dekat ngn hotel yang suami nak duduk tu. Walking distance je dari hospital pantai. Tengah-tengah makan, hospital call kata bilik dah ready. Waktu tu nak Maghrib d...

Rawatan PCOS dan Kehamilan dengan Dr Hamid Arshat

Image
Assalamualaikum. InsyaAllah hari ni saya nak sambung treatment apa yang saya lakukan untuk mengatasi masalah PCOS saya. Setelah mendapat rawatan daripada Dr raofah, saya cuba minta pendapat dengan Dr lain pula. Kali ni kami buat appoinment dengan Dr Hamid Arshat. Demi anak,sanggup ke KL. hehe.Tapi bukan senang tau nak dapat jumpa Dr hamid Arshat. Hampir 8 bulan tunggu baru sampai turn kami. Yela, doktor pakar sakit puan famous kat Malaysia sejak dari zaman mak mak kita lagi. Appoinment itu dalam bulan Nov-Dis 2015. Korang boleh je call dulu untuk dapatkan tarikh appoinment. Kami gerak ke Kl sehari sebelum appoinment sebab nak sampai awal pagi dekat klinik. Nervous jugak nak jumpa Dr Hamid. hehe. Bila sampai turn, saya disuruh masuk bilik lain dengan suami. Rupanya saya masuk ke bilik scan terus, suami pulak masuk bilik Dr Hamid. Sebelah sebelah je bilik. Ada nurse or doktor perempuan yang akan masukkan alat  scan melalui vagina. Benda tu agak kurang selesa n sakit sikit. Doktor ...

Tempat Menarik di Penang (part 1)

Image
Baru baru ni, kami suami isteri buat trip pergi penang. Di kala orang lain ke krabi, ke bali, ke singapore. Laki ku bertekad nak pergi penang. sebagai isteri kita follow je. Tapi trip kali ni memang sungguh sungguh jalan cari makan. Sampai 4 hari 3 malam. Kebetulan ada kawan suami pun nak pergi penang so kami rancang sekali. Jadi terasa nak share tempat tempat menarik di Penang yang kami pergi.. kot kot korang nk pergi nnt ke kan boleh la membantu serba sedikit. Hari pertama odw nak ke Penang, kami singgah kat DESIGN VILLAGE . Design village ni terletak kat bandar cassia odw nak ke penang melalui jambatan kedua. Kiranya design village terletak dekat Penang bahagian tanah besar. Ni outlet shopping mall terbesar katanya. Bagi aku best jugak la design village ni. Hampir semua barang yang aku n suami nak ada. Tak boleh nak compare dengan jpo n genting premium outlet sebab tak pernah pergi. Hehe. So far design village ni takde la brand brand yang mahal sangat sangat. Dia banyak b...

Susu badan melimpah limpah dengan Shaklee

Image
Setiap ibu yang baru melahirkan anak mesti nak yang terbaik buat anaknya iaitu menyusu badan. Ibu menyusukan anak sehingga genap 2 tahun sangat besar pahalanya. SubhanaAllah. Walaubagaimanapun, ramai ibu ibu yang stress, kecewa tidak dapat susukan anak sepenuhnya kerana kurang susu, etc. Kebanyakan ibu ibu akan cuba macam macam petua supaya susu banyak. Hari ni saya nak share cara mudah untuk banyakkan susu badan iaitu dengan pengambilan supplement yang betul iaitu set menyusu  SHAKLEE. Testimoni dari customer saya sendiri yang susu melimpah limpah setelah mengamalkan SHAKLEE. Alhamdulillah. Siap boleh susukan dua orang anak sebab susu banyak dan pekat. 3-4 botol boleh dapat dengna sekali pam. Syukur. Syukur. Syukur. Jadi ibu ibu diluar sana, jangan stress, jangan kecewa hubungi saya segera.  Jom ikhtiar.. Saya akan bantu anda sebaik mungkin. InsyaAllah. Penghantaran percuma sekitar Ipoh dan pos laju Seluruh Malaysia.  Izzati Ramlee Your Trusted Wellne...

Jom dapatkan tenaga yang luar biasa 😊

Image
Bila masuk bulan Rejab ni ramai dah start berpuasa kan. Nin dia supplement senang kalau tak sempat sahur . =). Esp dapat memberikan rasa kenyang yang lebih panjang dan yang penting dapat bekalkan tenaga. Selain itu, ESP juga dapat membantu sesiapa yang ingin kurus tau. Macam macam pakej yang ESP ni offer. Apa tunggu lagi, jom  dapatkan segera sebelum stok habis lagi.. cepat habis tau esp ni. Izzati  Ramlee Your Trusted Wellness Entrepreneur 012-4701404 #shakleeipoh #codshakleeipoh

Susu badan mencurah curah...

Image
Susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi kerana mengandungi semua nutrien untuk tumbesaran dan perkembangan otak. Susu ibu lebih selamat dan mempunyai 160 asid lemak yang tidak didapati dalam susu formula. Susu ibu amat penting sebagai imunisasi pertama bayi. Kesimpulannya nutrisi nutrisi susu ibu ini dapat membantu memberikan kesan jangka panjang terhadap perkembangan dan masa hadapan kanak-kanak. Walaubagaimanapun, yang menjadi masalah di kalangan ibu ibu ialah kekurangan susu badan. Ada ibu yang mengalami tekanan perasaan kerana tiada susu untuk diberikan kepada bayi. Jangan risau setiap masalah ada penyelesaiannya. Shaklee menawarkan ESP yang boleh membantu menambahkan susu badan anda.. Penggunaan konsistens ESP anda akan rasai susu badan anda mencurah curah. Saya sertakan testimoni dari kawan saya sendiri yang terkejut dengan kesan ESP. Di samping susu badan mencurah curah, ESP akan membuatkan anda lebih kenyang dalam tempoh yang lama. Selain itu, tenaga juga dapa...