Posts

Showing posts with the label cara hamil dengan mudah

Cara Tingkatkan Kesuburan Lelaki

Image
Apabila mula berumahtangga, perkara pertama yang selalu difikirkan kedua-dua suami isteri ialah ANAK.. Siapa tak nak anak kan. Tetapi apabila sudah lama menunggu, sering kali pula perempuan yang disalahkan. Kononnya perempuan je tak subur dan tidak dapat mengandung dan melahirkan anak. Eh, abang abang.. Anda SILAP! lelaki juga merupakan penyumbang terbesar untuk dapat anak. Jadi, jika masih belum berjaya, mungkin juga masalah dari anda.  Langkah pertama untuk mengetahui tahap kesuburan suami isteri ialah perlukan pemeriksaan penuh oleh doktor. Masalah yang sering dihidapi pasangan apabila si suami enggan memberi kerjasama. Jadi, si suami tolong ye.. sama sama nak anak sila berusaha sama sama.  Antara pemeriksaan yang akan dilakukan oleh Doktor: Isteri 1. HSG (untuk memeriksa tiub fallopio sama ada tersumbat atau normal). 2. Pemeriksaan darah (untuk melihat paras hormon sama ada normal atau tidak).  Suami   1. Pemeriksaan sperma (untuk melihat tah...

Apa itu HSG? Sakit ke buat HSG?

Image
Kebiasaannya, isteri isteri yang dalam usaha untuk mengandung, antara proses yang perlu dilalui ialah HSG. HSG ialah singkatan untuk hysterosalpingogram iaitu prosedur yang menggunakan X-ray untuk melihat tiub fallopio sama ada tersumbat atau tidak. Tetapi dia bukanla seperti xray badan yang biasa itu. Prosedurnya agak rumit sedikit dan selalunya sakit. Doktor akan memasukkan alat untuk membuka pintu rahim dan kemudiannya dye akan dilepaskan ke dalam rahim. Ketika dye ini bergerak, Xray diambil. Prosedurnya tidak lama sekitar 5-15 minit bergantung kepada individu. Tahap kesakitan yang dialami juga berbeza mengikut individu. Ada yang tak rasa sakit pun, ada yang rasa sakit sangat. Macam saya dah lalui dua kali. Kedua dua nya sakit kot. hehe. Sakitnya rasa seperti senggugut tapi yang sangat kuat. Rahim terasa senak. Kesakitannya tidak terhenti di situ, ia akan berlarutan sehingga 5-6 jam kalau kes saya. Tapi mungkin orang lain sekejap je kot. Tengok la sendiri gambar itu untuk lebih je...

Vivix Untuk Tiub Fallopio Tersumbat?

Image
Dalam entry sebelum ini, saya ada cerita berkaitan HSG iaitu ujian untuk tahu adakah tiub fallopio kita tersumbat ataupun tidak. Jika tidak tersumbat tiada masalah. Tetapi, jika tersumbat apa perlu buat? Yup, sudah semestinya, KECEWA! harapan untuk mengandung lenyap. Tapi setiap ujian Allah mesti bagi cara penyelesaian nya. Doktor bagi dua pilihan sama ada IVF atau pun pembedahan Laparoskopi. Rawatan ini merawat tiub fallopio dan sudah semestinya kami memilihan pembedahan. Ramai salah anggap, apabila disahkan tiub fallopio tersumbat cukup sekadar makan supplement. Tidak ye. Anda masih perlu meneruskan rawatan yang dicadangkan. Tetapi supplement tidak boleh diketepikan. Vivix dicadangkan untuk diambil selepas pembedahan untuk memastikan luka pulih dengan sempurna dan memberi sokongan kesihatan serta meningkatkan tahap kesuburan. Jadi jika anda disahkan tiub fallopio tersumbat, jangan putus harapan. Teruskan berusaha. Isteri Fizo Omar pun mengandung setelah disahkan tiub fallo...

Bagaimana Ingin Mengandung Cepat?

Image
Setiap pasangan yang sudah berkahwin mesti inginkan cahaya mata. Dari bulan ke bulan mencuba unutk mengandung tetapi hampa. Bila datang bulan, kecewanya sukar digambar. Menangis macam esok nak kiamat pun ada (aku la tu). Bila tak datang bulan, cek upt, hampa juga. Dari bulan ke tahun. Adakah perlu tunggu je? Bagi saya, kami tiada masa untuk tunggu. Semakin hari semakin berusia. Sementara masih kuat ingin juga besarkan anak sendiri. Bila tengok kawan kawan sekeliling mengandung, sedih. Bila tengok orang yang kahwin selepas kita mengandung, rasa kecewa. Tapi sampai bila??? Apa langkah yang perlu diambil? JUMPA DOKTOR SAKIT PUAN. Doktor yang saya maksudkan ialah doktor pakar. Bukan doktor di klinik klinik biasa. Doktor sakit puan lebih arif dan lebih banyak pengalaman untuk membantu kita untuk mengandung. Mungkin ada yang keliru, di mana ingin dapatkan doktor sakit puan? Jangan risau, terdapat banyak pilihan. Ada doktor yang membuka klinik sendiri kalau di IPOH Dr Raofah di SILIBIN at...

Cara Hilang Ekzema dengan Mudah

Image
Ekzema merupakan penyakit kulit disebabkan keradangan, gatal, kering, mengelupas dan bersisik. Penyakit ini melibatkan tindak balas hipersensensitif terhadap kulit. Kulit pula merupakan organ terbesar pada tubuh badan. Kawasan badan yang sering diserang ekzema *Muka *Belakang telinga *Kulit kepala *Lutut *Pelipat siku dll Ekzema menyerang pelbagai peringkat umur. Walaubagaimanapun selalunya ekzema menyerang kanak kanak yang berusia 2 tahun kebawah. Ada kajian menyatakan ekzema berpunca dari genetik individu.  Kebiasaannya, pesakit ini hanya mendapatkan rawatan ubat krim di farmasi. Tetapi ekzema mengambil masa yang terlalu lama untuk pulih sepenuhnya. Di bawah ini saya sertakan testimoni ekzema berkurang dengan mudah. Ekzema anaknya makin surut setelah disapu dengan VIVIX Shaklee. Nak dapatkan VIVIX SHAKLEE?? Hubungi saya segera, Izzati Ramlee Your Trusted Wellness Entrepreneur 012-4701404

Cara hamil tapi ada PCOS..

Image
Saya berkahwin awal tahun 2013. Setiap pasangan selalunya mestila nak zuriat terus kan. Macam tu jugak la kami suami isteri. Tapi sejak kahwin la haid saya lintang pukang. Bila haid tak betul agak sukar nak tentukan waktu subur. Tahun 2013, 2-3 kali je kot period. Bila makin lama, saya pun dapatkan rawatan doktor pakar sakit puan. Doktor sahkan saya menghidap PCOS. PCOS bermaksud polycystic ovarian syndrom. PCOS ni dikaitkan dengan hormon yang tidak seimbang. Sehingga kini tidak dapat dikenalpasti punca utama tetapi berkaitan dengan amalan gaya hidup. Mungkin setelah kahwin gaya hidup bertukar menyebabkan hormon juga bertukar. Berat badan yang meningkat secara mendadak juga punca utama PCOS. PCOS melibatkan beberapa hormon dalam badan seperti androgen (hormon lelaki), progesteron (hormon wanita) dan hormon insulin. Doktor mencadangkan makan ubat metformin (ubat kencing manis) untuk stabilkan hormon insulin dalam badan. Di negara negara luar juga, rata rata doktor mencadangkan metform...