Posts

Showing posts with the label cara merawat sakit buah pinggang

sayangi buah pinggang anda..

Image
Arwah ayah mertua saya menghidap sakit buah pinggang. Dalam 5 tahun juga dia menjalani dialisis. Satu hari saya keluar dengan suami dan ayah mertua. Kami jalan jalan macam biasa. Tak ingat dekat mana. Tengah tengah lepak, suami tanya tak nak pergi toilet ke? Mungkin tengok bini minum air banyak tapi tak pergi pergi toilet. Saya yakin je jawab, 'Nak pergi buang air kecil tapi MALAS!' boleh macam tu kan.. Tetiba ayah mertua saya cakap.. "Seronok kalau boleh buang air kecil lagi. abah dah bertahun tak buang air kecil." Dush rasa bersalah cakap macam tu. Saya baru tahu waktu tu yang orang sakit buah pinggang ni memang tak rasa nak buang air kecil dah sebab air dikeluarkan waktu cuci darah ketika dialisis. Patut la orang yang sakit buah pinggang perlu kawal air yang diminum. Kalau tak silap dalam 500 ml sahaja sehari..SEHARI tau.. kalau dahaga memang lebih la minum. siapa boleh tahan kan. tapi berat akan meningkat dan waktu dialisis kena tarik air banyak. Kesian sangat....