Posts

Showing posts with the label cara menjauhi kanser

Hari lahir terakhir bersama abah 14 .4 . 2014

Image
Kelmarin 14.4. 2017 merupakan hari lahir ku yang ke 30. Bila dah masuk 3 series ni, takde la excited sangat nak sambut birthday. Seriously lebih pikir apa aku nak dalam hidup? apa aku  dah capai setakat ni? dan satu lagi perkara yang saya terfikir 14.4 .2014 tahun terakhir abah wish birthday kepadaku. Masih terngiang ngiang suara abah waktu abah call.. " Happy birthday anak abah!! cantik birthday anak abah 14.4.14." Seronok dapat bersembang malam tu walaupun rumah kami dalam 10 minit. hee.  Waktu tu abah normal, masih boleh pergi kerja macam  biasa. Cakap macam biasa..  Tapi satu perkara aku perasan, abah takde selera makan. Sedangkan dulu abah memang kuat makan tapi badan abah fit sebab abah memang rajin bersenam. Dalam hujung bulan 4 tu kami ada kenduri sepupu saya di Shah Alam. Waktu tu abah nampak lemah, abah rehat di bilik rehat sebab kenduri di dewan. Abah hanya masuk dewan untuk makan, itu pun sikit je. tangkap gambar pun sekejap je kot. Macam biasa, ingat a...