Bell's palsy bukan strok
Siapa pernah dengar pasal Bell's palsy? Honestly, saya baru tahu pasal penyakit ni waktu drama AKU BUKAN BIMBO. Shaheizy Sam kena Bell's palsy. Waktu tu la start google pasal Bell's palsy ni. Bell’s palsy adalah lumpuh yang bersifat sementara pada salah satu sisi otot di wajah. Ini menyebabkan salah satu sisi muka akan kelihatan jatuh atau melorot. Ia disebabkan saraf muka tidak dapat berfungsi dan mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka. Kebiasaannya pesakit strok mengalami kelumpuhan bukan sahaja pada wajah malah tangan dan anggota badan yang lain. Manakala Bell's palsy hanya mengalami kelumpuhan di bahagian muka dan bukan berpunca daripada darah tinggi, diabetes atau penyakit lain. Setakat ini, belum ada punca specifik penyebab penyakit ini. Antara punca yang kurang pasti Bell's palsy mungkin disebabkan radang akibat jangkitan virus seperti herpes dan menyebabkan saraf muka membengkak. Saraf membengkak dalam saluran tulang yang sempit ini menyeb...