Cara Turunkan Tekanan Darah Tinggi Supaya Kekal Normal
Penyakit darah tinggi sering menyerang di kalangaan masyarakat kita. Walaubagaimana pun, ramai yang tidak menyedari mereka sebenarnya menghidap darah tinggi. Ini kerana, penyakit darah tinggi tidak menunjukkan simptom yang ketara selama beberapa tahun. Anda rasa sihat walaupun sebenarnya tekanan darah anda tinggi. Siapa yang Mudah Menghidap Darah Tinggi? Secara puratanya, sekitar 10-20 % penduduk diserang penyakit darah tinggi. Sesiapa pun boleh diserang terutama sekali yang berat badan berlebihan, keturunan, merokok, tekanan atau stress dan apabila usia melebihi 50 tahun. Darah tinggi juga dikenali sebagai penyakit tersembunyi. Jarang sekali penghidapnya mengalami tanda tanda yang ketara seperti sakit kepala, hidung berdarah, atau sesak nafas. Hanya satu cara sahaja untuk mengetahui sama ada tekanan darah anda normal atau tidak iaitu dengan bertemu DOKTOR. Sila dapatkan rawatan segera jika disahkan darah tinggi kerana jika dibiarkna secara tidak terkawal, ...