Posts

Showing posts with the label vitamin semulajadi

Vitamin sintetik vs vitamin semulajadi

Image
Vitamin sintetik diperbuat daripada bahan kimia sepenuhnya manakala vitamin semulajadi diperoleh terus daripada tumbuhan yang mengandungi vitamin tertentu. Pada asasnya struktur kimia kedua dua jenis vitamin sama sahaja tetapi vitamin sintetik mengandungi bahan lain yang tak diperlukan oleh badan. Saya bagi contoh Vitamin E. Vitamin E dalam bahasa kimia dipanggil tocopherol.  Cuba tengok kat gambar di bawah tu. Ha tu la cara buat vitamin E yang sintetik yang terdapat di pasaran. Dari awal bahan memang menggunakan bahan kimia. Tetapi melalui proses sintesis ni bukan alpha-tocopherol je terhasil. Ada lagi bahan lain yang terhasil seperti belta, gamma, delta -tocopherol. Semuanya vitamin E tetapi berbeza sedikit pada struktur kimianya superti gambar di bawah. Manakala kalau vitamin E semulajadi hanya alpha-tocopherol sahaja yang wujud. Sebenarnya alpha-tocopherol sahaja yang aktif  manakala yang lain lain yang diperoleh daripada proses sintesis tidak digunakan dalam badan. ...