Cara Tingkatkan Kesuburan Lelaki
Apabila mula berumahtangga, perkara pertama yang selalu difikirkan kedua-dua suami isteri ialah ANAK.. Siapa tak nak anak kan. Tetapi apabila sudah lama menunggu, sering kali pula perempuan yang disalahkan. Kononnya perempuan je tak subur dan tidak dapat mengandung dan melahirkan anak. Eh, abang abang.. Anda SILAP! lelaki juga merupakan penyumbang terbesar untuk dapat anak. Jadi, jika masih belum berjaya, mungkin juga masalah dari anda. Langkah pertama untuk mengetahui tahap kesuburan suami isteri ialah perlukan pemeriksaan penuh oleh doktor. Masalah yang sering dihidapi pasangan apabila si suami enggan memberi kerjasama. Jadi, si suami tolong ye.. sama sama nak anak sila berusaha sama sama. Antara pemeriksaan yang akan dilakukan oleh Doktor: Isteri 1. HSG (untuk memeriksa tiub fallopio sama ada tersumbat atau normal). 2. Pemeriksaan darah (untuk melihat paras hormon sama ada normal atau tidak). Suami 1. Pemeriksaan sperma (untuk melihat tah...