Review Grand Ion Delemen Hotel Genting Highlands

Assalamualaikum. Harini Zati nak buat review sikit Hotel Grand Ion Delemen Dekat Genting Highlands. Semalam dah share destinasi pertama kami iaitu Genting Strawberry Leisure Farms. Setelah puas bersiar siar di situ, kami teruskan perjalanan ke hotel kami iaitu Grand Ion Delemen.
 untuk post semalam boleh buka link dibawah..

https://saudagarvitamin.blogspot.my/2018/03/tempat-menarik-di-genting-highland-part.html

Kami sampai hotel dah petang. Selesai proses check in maka bergerak la terus ke bilik. Hotel ini agak besar jadi nak sampai ke bilik tu berpeluh juga la.hehe.. Ok zati share dulu pintu gerbang Grand Ion Delemen ni.


Ni plak bilik kami, kami memilih bilik dengan mountain view. Bilik nya biasa je tak besar, tak kecil sangat.



Fuh, ni view dari bilik kami !! memang cantik. Rasa tak percaya kat Malaysia ada view cantik macam ni.hehe. Korang kena pergi wei. serius cantik! jangan lupa request bilik mountain view.



Biasanya kalau pergi mana mana hotel kami laki bini akan bersiar siar sekitarnya. Tempat yang selalunya dikunjungi Gym dan swimming pool. lupe plak tangkap gambar gymnasium dia. Tapi pool dia cool wei. Memang Cantik!! siap ada heater. Walaupun suhu di luar 13 degree tapi bila swim takde la menggeletar kesejukan.

Ha, ni buktinya suhu kat sini boleh mencapai 13 degree celsius tau. memang sejuk.. Ni waktu malam. tapi kalau siang pun memang sejuk. Dan kat bawah ni zati ada share juga suasana waktu siang. berkabus uolls... 






Kat hotel ni ada beberapa restoran. Antara yang famous ialah Kembali Kitchen. Breakfast macam biasa la buffet. Kat Sini kami ada juga try dinner. Boleh tahan sedap juga la.. Tapi nak cerita breakfast dia memang best. Pelbagai menu dan ruang makan yang sangat besar.. 



Secara keseluruhannya, hotel Grand Ion Delemen di Genting Highlands ni best la!! Lokasi dia agak jauh dari Taman tema Genting tu. dalam 10-15minit dan agak privasi. Sesuai la untuk yang nak honeymoon. Tapi jangan risau, ada je shuttle untuk ke taman tema tu. Tak payah drive sendiri. Kalau pergi Genting Highlands boleh la cuba stay kat situ.. Memang puas hati..


Comments

Popular posts from this blog

Cara Jual kereta Terpakai di Mudah.my

Menu Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat