Tempat Menarik di Genting Highland (part 1)
Sempena Anniversary kami ke-5 pada tahun ni kami plan la bercuti di Genting Highland. Teringin nak pergi tempat sejuk sebenarnya tapi tak nak pergi cameron highlands sebab dah pergi anniversary tahun lepas. Maka ke Genting Highlands la kami. Ni kira macam last minute plan sebenarnya.
Day 1.
Kami bertolak dari Ipoh agak lambat juga. Dalam pukul 11 lebih pagi. Kami Dari Ipoh jadi masuk highway je la dan keluar dekat Tanjung Malim. Dari Tanjung Malim teruskan perjalanan ikut Kuala Kubu Bharu. Destinasi pertama kami ialah Genting Strawberry Leisure Farms. Tempat ni macam ala ala Cameron Highlands juga, boleh petik buah strawberry sendiri. Tapi kawasan ni takde la kat puncak Genting jadi takdela sejuk sangat. Tiket nak masuk sini RM12 seorang. Selain strawberry dekat dalam ni juga ada pokok pokok lavender dan pelbagai jenis tumbuhan lain yang cantik. Kat sini juga boleh gunakan perkhidmatan mereka untuk photoshoot. Memang berbaloi sebab cantik. Sekali sekala boleh la kan. Ish cakap banyak pun tak guna kan kena tengok gambar baru syok. hehe..
Selesai je berjalan-jalan di Genting Strawberry Farm ni kami terus bergerak ke hotel iaitu Hotel Grand Ion Delemen. Hotel ni baru la terletak di area Puncak Genting Highlands. Sebenarnya perjalanan nak ke puncak dari Strawberry Farm memang akan lalu Genting Premium Outlet. Tapi sebab kami pun dah letih. Plannya hari kedua baru nak pergi. Ok nanti saya sambung cerita pasal hotel kami duduk plak.

Comments
Post a Comment