Tempat Menarik di Genting Highlands (part 2)

Fuh, setelah lama bertangguh cerita Genting Highlands ni jadi mari kita sambung balik. Day 1 boleh baca di sini dan review pasal hotel yang kami duduk Grand Ion Delemen.

https://saudagarvitamin.blogspot.my/2018/03/tempat-menarik-di-genting-highland-part.html

https://saudagarvitamin.blogspot.my/2018/03/review-grand-ion-delemen-hotel-genting.html

Pada hari kedua, kami plan nak pergi ke Genting Premium Outlet. Ni kira macam turun balik la kalau dari hotel. Tapi dah nama pun percutian kan, layan je. Tapi yang bezanya kami tak drive tapi nak naik pengangkutan awan yang ada. Dari hotel kami naik shuttle ke first world hotel. Dari situ ada cable car direct ke genting premium outlet. Nak merasa naik cable car baru.



Hotel Grand Ion Delemen memang sediakan shuttle percuma pergi balik dari hotel ke First world Hotel (area them park dan tempat nak naik cable car). 

Dah sampai area First World Hotel tu boleh tanya pekerja situ kat mana nak naik cable car. Tak jauh pun, kena naik lif je. pastu boleh terus beli tiket kat mesin macam beli tiket LRT. Rm16 pergi balik seorang. Beli je tiket pergi balik,senang. Tak payah pikir dah waktu nak balik nanti =). Cable car ni direct ke Genting Premium Outlet. 


Dah beli tiket boleh terus beratur nak naik gondola. Rezeki kami tak ramai orang pun beratur. Mungkin sebab awal pagi kot. tak dak sapa gigih macam kami. haha..


 

Dah naik cable car ni boleh la layan view sepanjang perjalanan. Memang cun! siap ada kabus lagi sebab pagi lagi kan. Yang bestnya satu cable car tu 4 orang je kami naik sebab tak ramai. Kami naik dengan pasangan dari Indonesia. 



Yeah! nak sampai GPO dah. Nafsu shopping akak dah mula sampai. haha. Ko jangan percaya sangat kalau bini kata nak cuci mata. Ko silap suami.. hahaaha..



Ni la gambar sekitar GPO. Tak berapa tangkap gambar sangat sebab akak dah excited nak shopping. Haha. Takdela. Kami laki bini memang suka jalan-jalan kat outlet. Cuci mata satu kedai ke satu kedai. Jadi memang penuh aktiviti. Bagi akak, GPO ni best sebab banyak benda yang dicari ada di sini dan harga dia memang berpatutan. Ada la yang mahal tapi kami beli yang mampu je la.. haha. Butik Coach, MK akak masuk cuci mata jela. Tapi memang tak minat sangat pun design dia so tak kesah. 


Setelah settle jalan sekitar GPO, makan dan solat. Kami gerak balik. Satu kekurangan naik cable car ni kita kena angkut barang-barang yang dibeli naik cable car je la. Ntah macam mana akak boleh lak beli periuk kat situ. Mujur la laki ku tabah hangkut tanpa sebarang bunyi. haha.  Gambar ni view waktu nak balik so mendaki la kita. 


Sampai je kat area First World Hotel tu, kami kena tunggu lama sikit sepatutnya sebab jadual shuttle yang kami tempah tu lambat lagi. Tapi rezeki kami, boleh plak ada shuttle hotel tetiba tapi bukan untuk ambil orang tapi nak hantar staf je. So dia bagi kami ikut balik hotel. Sekali lagi rezeki kami naik 2 orang je satu shuttle. 

Selesai la sudah perjalanan hari kedua di Genting Highlands. Esoknya hari ketiga, kami lepak di hotel je, check out dan terus balik ke IPOH.  

Alhamdulillah percutian di Genting Highlands berjalan lancar. Semoga ada rezeki untuk bermusafir lagi. Terima kasih Allah atas rezeki tahun kelima kami. Semoga terus berbahagia sampai kesyurga. =) InsyaAllah mana tau tahun depan dapat berhoneymoon dengan si kecil pula kan. Amin.. 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Jual kereta Terpakai di Mudah.my

Menu Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat

Review Grand Ion Delemen Hotel Genting Highlands