Pembedahan Laparoskopi dengan Dr Hamid Arshat

24 - 26 Februari 2016 tarikh Zati dimasukkan ke Hospital Pantai Kuala Lumpur untuk pembedahan LAPAROSKOPI. Sebenarnya laparoskopi ni one day treatment je kalau buat dekat klinik Dr Hamid Arshat.  Tapi kami pilih buat kat hospital Pantai jadi kena la admit 3 hari. Dr Hamid Arshat memang ada link dengan Hospital Pantai so memang die juga yang akan operate.

Hari pertama, 24 Februari tu, hari check in je. Kami gerak dari Ipoh hari tu juga. Tapi bila sampai takde bilik lagi jadi kena la tunggu. Kami ronda ronda ke area sekeliling Hospital nak cari hotel untuk suami sebab kemungkinan besar tak dapat bilik single. Ala ala tourist jalan jalan kl jalan kaki je. hehe. Sekali ada sedara ternampak kami feeling feeling tourist tu, dia call ajak makan. memang lawak bila ingat balik. Malu pun ada. Maka terus la pergi makan kedai mamak dekat ngn hotel yang suami nak duduk tu. Walking distance je dari hospital pantai. Tengah-tengah makan, hospital call kata bilik dah ready. Waktu tu nak Maghrib dah rasanya..

Bila dah balik hospital memang dapat bilik 4 katil. Zati kata takpela tidur seorang je. Patutnya adik nak teman. Tapi jenis tak suka menyusahkan orang. Kalau boleh biarla sendiri uruskan. Malam tu nurse bagitau ada doktor pakar bius akan datang. Dr Anwar kalau tak silap. Dr datang just nak explain Zati akan dibius sepenuhnya esok pagi dan zati orang pertama. Ada la juga nasihat lain tapi tak ingat dah. Uish nervous jugak. Lepas selesai semua baru la suami bergerak ke hotel. Muka dia yang nampak nak nangis kena tinggal bini. haha.

25 Februari 2016
Ha ni la tarikh pembedahan sebenar. Awal awal pagi lagi nurse dah kejut. Sebenarnya bukan tidur lena sangat malam tu. Pagi tu, nurse cucuk ubat ikut dubur untuk keluarkan semua najis dalam usus. Bagi mudah operation kot. Zati cakap dah buang air besar pun nurse kata kena cucuk jugak.hahaha. tak dapat lari. Nurse bagi juga baju untuk masuk operation. baju warna biru. So lepas membuang hajat selepas dicucuk zati pun pakai la baju. Disebabkan zati orang pertama jadi lepas subuh kena siap terus. Duk msg msg suami dah suh datang awal. Memang pukul 7 lebih kalau tak silap nurse nak  tolak katil dah pergi operation room. Elok elok suami sampai waktu tu. mujur .. kalau tak mungkin dia menangis over kot. haha. Suruh juga dia tangkap gambar atas katil dengan pakai baju pembedahan tu tapi dia tak mau. hahaha. Dia kata nampak aurat nanti. Ok abang..

Bila dah sampai depan bilik pembedahan suami tak boleh masuk. Kena tunggu luar atau tunggu kat bilik. Tapi bila dah masuk, rupanya ada banyak bilik lagi kat dalam. Ada bilik pembedahan, bilik menunggu, bilik recovery. tak berapa ingat sangat dah.  Selepas ditolak masuk ke bilik bedah, hati dah dup dap dup dap. yela first time nak kena bedah.. duk bawah lampu banyak banyak tu kan. Pastu masukla doktor bius yang jumpa semalam tu. Nurse plak ada bisik kat telinga, "mengucap ye" .. tetiba mata rasa gelap..

"puan Izzati, puan Izzati, .. bangun.. pembedahan dah selesai. "

Ya Allah macam tak percaya, zati tak rasa apa langsung. perut tak rasa sakit pun. dan rasa lawak lak, rupa rupanya dah 2 orang dah operate lepas zati. sama sama pengsan. sikit pun zati tak sedar. hehe.. waktu tu dalam pukul 11 rasanya. cepat betul Dr hamid operate.

Perut dah mula rasa sakit bila gerak gerak. Bila ditolak ke bilik masih rasa mamai mamai lagi. Memang tidur je kat bilik. Kawan baik datang melawat pun rasa mamai ja. Hari tu memang banyak rehat je. Lepas bangun, tertido lagi.

Masuk hari ketiga, tunggu Dr Hamid Arshat datang melawat untuk bagi permission untuk discharge. tunggu punya tunggu, petang baru sampai .hehe. mungkin Dr selesai kan pesakit dekat klinik dulu. Sebenarnya Zati sangat kagum dah berumur 70 lebih masih nak berbakti pada wanita wanita yang ttc ni. syahdu plak. Bila Doktor datang, doktor cakap ok dah. 2-3 hari boleh drive.hehe zati tanya tiub ok dah ke? doktor tunjuk thumbs up je. hehe.comel betul. dan zati boleh discharge haritu jugak. Dibekalkan ubat subur dan vitamin kalau tak silap.

Lepas discharge kami terus balik ke Ipoh. Sebab nak duk hotel pun rasa tak selesa. Nak bergerak sakit, Darah pun masih keluar banyak dari vagina. macam period. Sampai Ipoh pun dah lewat malam.
Alhamdulillah.

Dr Hamid selalu pesan kena amalkan supplement untuk mengandung. Antara yang doktor cadangkan, asid folik, omega, vitamin C.

InsyaAllah selepas ni zati akan ceritakan perjalanan dari bulan ke bulan untuk mengandung selepas pembedahan..

Untuk order vitamin, boleh hubungi zati ek. InsyaAllah zati boleh share vitamin apa untuk pregnant.

Izzati Ramlee
012-4701404




Comments

  1. Pernah juga sekali kena buat laparoscopy ni. First time masuk bilik bedah, memang menakutkan.hihi. Kak Mia dokan zati cepat dapat zuriat...

    ReplyDelete
  2. Sis, berapa kos rawatan buat laparoskopi tu?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Jual kereta Terpakai di Mudah.my

Menu Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat

Review Grand Ion Delemen Hotel Genting Highlands