Tempat Menarik di Penang (part 1)
Baru baru ni, kami suami isteri buat trip pergi penang. Di kala orang lain ke krabi, ke bali, ke singapore. Laki ku bertekad nak pergi penang. sebagai isteri kita follow je. Tapi trip kali ni memang sungguh sungguh jalan cari makan. Sampai 4 hari 3 malam. Kebetulan ada kawan suami pun nak pergi penang so kami rancang sekali. Jadi terasa nak share tempat tempat menarik di Penang yang kami pergi.. kot kot korang nk pergi nnt ke kan boleh la membantu serba sedikit.
Hari pertama odw nak ke Penang, kami singgah kat DESIGN VILLAGE. Design village ni terletak kat bandar cassia odw nak ke penang melalui jambatan kedua. Kiranya design village terletak dekat Penang bahagian tanah besar. Ni outlet shopping mall terbesar katanya. Bagi aku best jugak la design village ni. Hampir semua barang yang aku n suami nak ada. Tak boleh nak compare dengan jpo n genting premium outlet sebab tak pernah pergi. Hehe. So far design village ni takde la brand brand yang mahal sangat sangat. Dia banyak brand yang average. So mcm sesuai la untuk kebanyakkan pengunjung. Butik paling mahal pun rasanya ada coach je. Butik butik lain yang biasa ada kat shopping mall kat Ipoh tapi dapat harga lebih murah. Sebagai contoh kalau purse leather brand bxxxx rm400 lbh kat situ dapat la rm200 lbh. Mcm tu la perbandingan boleh dibuat. Kalau yang minat masuk lari macam laki ak pn blh rambang mata, skechers, brooks, royal sporting house, adidas semua ada. Kalau kat butik biasa kasut rm400 lbh situ dapat rm200 lbh jgk. Jadi kalau nak p cuci mata kat design village memang tak rugi.
Kat situ kami makan kfc je. Sebab xtau nak makan apa sangat kat situ. Waktu tu pun sedar lapar dekat kul 3. Punya cuci mata xsedar xlunch lagi. Dah habis tawaf situ baru kami gerak ke Penang bahagian pulau. Pergi Quensbay je sebab ada restoran kami nak makan n restoran tu xde kat Ipoh. Quensbay ni antara shopping mall yang besar la kat Penang, kira kalau dari jambatan kedua tu dekat dah dengan Queensbay. Apa pun makanan nye sangat mengecewakan. Jadi jalan jalan cari makan kami tak berapa jadi sangat untuk hari pertama. =(.
Selesai kat Queensbay, kami gerak ke usm. Pg throwback la sikit sikit zaman belajar dulu dan singgah sembahyang kat masjid usm. Banyak juga perubahan. Dah selesai baru gerak ke hotel untuk check in. Kami book Neo + hotel kat Georgetown. Hotel ni memang terletak tengah tengah pekan. Agak strategik untuk mulakan aktiviti jalan jalan cari makan.. Hotel ni bilik dia agak kecik la (lupa nak tangkap) tapi fasiliti dia best, tambah tambah swimming dia dekat roof top, memang feel swimming sambil naik menara komtar tersergam indah. =)
Ok tu je la cerita hari pertama kami kat penang. Banyak aktiviti shooping je sebenarnya. hari kedua baru kami layan jjcm penang. Boleh rujuk part 2
https://saudagarvitamin.blogspot.my/2017/11/tempat-menarik-di-penang-part-2_4.html
Sebarang pertanyaan berkenan vitamin Shaklee, boleh terus hubungi saya. =)
https://saudagarvitamin.blogspot.my/2017/11/tempat-menarik-di-penang-part-2_4.html
Sebarang pertanyaan berkenan vitamin Shaklee, boleh terus hubungi saya. =)
Izzati Ramlee
Your Trusted Wellness Entrepreneur
012-4701404
Comments
Post a Comment