Air fryer Penyebab Kanser ke? Tapi ia Mudahkan Memasak..
Baru-baru ini kecoh, 'Air fryer boleh menyebabkan KANSER' Melalui artikel tersebut bukanla begitu yang dimaksudkan. Tetapi biasa la orang kita, suka baca tajuk je kan..ataupun baca tak faham dan buat kesimpualan sendiri. hehe Air Fryer Tak Salah!!! Itu hakikatnya. Berdasarkan artikel tersebut mengatakan penggunaan air fryer boleh menyebabkan kanser tetapi yang orang tak nampak ada juga diterangkan disitu jika memasak makanan yang berasaskan kanji. Kanji dan suhu tinggi (120 darjah selsius keatas) menghasilkan bahan toksik yang dikenali sebagai akrilamida yang boleh menyebabkan kanser. Jadi tak kira la goreng pakai air fryer ke, goreng pakai minyak ke tetap menghasilkan akrilamida tu jugak. Contoh makanan berkanji seperti tepung, nasi, ubi kentang, roti. Dah tu tak boleh makan tepung, ubi ke???? Boleh, cuma kena tukar cara memasak untuk mengurangkan penghasilan akrilamida. Jadi, anda sebenarnya salah faham. bukan air fryer yang bersalah tapi cara memasak atau peny...