Produk Cantik yang Berkesan dan Selamat

Baru-baru ini viral berkenaan suntikan Vitamin C. Tujuannya supaya cepat cantik dan putih gebu. Tahukah anda, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak pernah mendaftarkan 'suntikan Vitamin C'. Tetapi oleh kerana permintaan yang tinggi terhadap produk kecantikan, ramai pengedar kosmetik yang tidak bertanggungjawab yang muncul bagi memenuhi kehendak masyarakat yang ingin cepat cantik.

Hasil pemantauan yang dijalankan oleh  Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) mendapati terdapat produk kecantikan seperti pencerah kulit, suntikan Vitamin C dikesan mengandungi bahan terlarang
yang dijual secara berleluasa di premis kecantikan. Produk-produk ini dicampur dengan hidrokuinon dan tretinoin yang merupakan bahan beracun dalam Jadul Pertama Akta Racun 1952.

Penggunaan bahan-bahan ini secara tidak terkawal dan berterusan boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti kulit menjadi merah dan terbakar, hiperpigmentasi dan paling teruk ialah kanser kulit. Kesan kecantikan kulit dalm tempoh yang singkat adalah cara mudah untuk tahu kewujudan bahan-bahan terlarang itu dalam produk kosmetik. Individu yang mendapatkan suntikan Vitamin C juga terdedah kepada kepada jangkitan pada kulit dan salur darah serta kerosakan buah pinggang.

Hati-hati lah ketika mendapatkan rawatan kecantikan. Pastikan rawatan kecantikan anda selamat dan tidak memudaratkan kesihatan anda. Secara asasnya, vitamin C atau juga dikenali sebagai asid askorbik merupakan antioksidan yang tinggi yang berfungsi melindungi tubuh badan daripada pengoksidaan yang disebabkan oleh radikal radikal di sekeliling dan Vitamin C juga penting dalam proses penyembuhan luka. Vitamin C memang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita  cuma pastikan anda dapat vitamin C yang selamat. Baca label dan pastikan produk tersebut mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jadi, Vitamin C mana yang terbaik??

Sekiranya anda mencari Vitamin C yang terbaik dan berkesan, pilihlah Vitamin C Shaklee kerana dijamin selamat dan mendapat kelulusan KKM.



Order sekarang untuk dapatkan Vitamin C terbaik!! Oh Bulan Oktober ni ada promosi Vitamin C. Dapatkan segera!!

Klik button di bawah atau WhatsApp 012-4701404



Comments

Popular posts from this blog

Cara Jual kereta Terpakai di Mudah.my

Menu Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat

Apa itu HSG? Sakit ke buat HSG?