Air fryer Penyebab Kanser ke? Tapi ia Mudahkan Memasak..


Baru-baru ini kecoh,  'Air fryer boleh menyebabkan KANSER'
Melalui artikel tersebut bukanla begitu yang dimaksudkan. Tetapi biasa la orang kita, suka baca tajuk je kan..ataupun baca tak faham dan buat kesimpualan sendiri. hehe

Air Fryer Tak Salah!!!

Itu hakikatnya. Berdasarkan artikel tersebut mengatakan penggunaan air fryer boleh menyebabkan kanser tetapi yang orang tak nampak ada juga diterangkan disitu jika memasak makanan yang berasaskan kanji.

Kanji dan suhu tinggi (120 darjah selsius keatas)  menghasilkan bahan toksik yang dikenali sebagai akrilamida yang boleh menyebabkan kanser. Jadi tak kira la goreng pakai air fryer ke, goreng pakai minyak ke tetap menghasilkan akrilamida tu jugak. Contoh makanan berkanji seperti tepung, nasi, ubi kentang, roti.

Dah tu tak boleh makan tepung, ubi ke????

Boleh, cuma kena tukar cara memasak untuk mengurangkan penghasilan akrilamida. Jadi, anda sebenarnya salah faham. bukan air fryer yang bersalah tapi cara memasak atau penyimpanan makanan yang salah.

Tips Mengurangkan Akrilamida  

1. Menggoreng salah satu sebab punca penghasilan akrilamida. Jadi, elakkan menggoreng sehingga terlebih masak, atau rangup.

2. Kalau menggunakan air fryer lagi best sebab boleh kawal suhu, dan panjangkan tempoh memasak. kalau pakai minyak jangan la pi sukat suhu pakai termometer plak. boleh la tapi orang kata buang tebiat plak. haha. So senang lagi pakai air fryer kan.

3. Memasak ubi sehingga warna kekuningan sahaja, tidak perlu sehingga warna kecoklatan . Warna kecoklatan menunjukkan kandungan akrilamida lebih tinggi.

4. Jangan simpan ubi di dalam peti sejuk kerana ia akan meningkatkan penghasilan akrilamida ketika memasak. Ubi perlu disimpan di tempat gelap dan kering.

Jadi jelas ye, bukan salah air fryer. Kesian dia kena tuduh. Sebenarnya kehadiran air fryer ni sangat memudahkan kerja mak-mak tau dan rasa lebih sihat sebab penggunaan minyak yang sangat sedikit atau pun tak payah pakai langsung pun takpa.

Kelebihan Air Fryer Buatkan Mak-mak Jatuh Cinta


1. Jimat Minyak. Bayangkan kalau dulu, nak goreng ayam buh minyak sampai penuh kuali, sekarang buh je dalam air fryer. Tak bubuh minyak setitik pun masih menjadi ayam goreng ok!

2. Jimat Masa. Meh zati bagi contoh, kalau dulu nak buat ayam masak kicap kena goreng dulu, pastu  baru tumis untuk masak kan. Tapi dengan air fryer, masukkan ayam biar dia masak. Sambil tunggu siap boleh readykan bahan lain atau buat la kerja lain. Tak payah nak kalut pusing-pusing kan ayam ke apa. Relax and steady je.

3. Jimat Tenaga. Kalau dulu nak goreng ayam, berpeluh peluh bagai, tapi dengan air fryer. Tenang.. hahaha. Peluh tak kuar pun sebab biaq pi ja dalam tu tunggu sampai masak..

4. Lebih Sihat. Seperti yang kita tau, deep-fry ni tak elok. Penggunaan minyak yang banyak boleh menyebabkan peningkatan kolesterol. Jadi moh le geghamai pakai air fryer. Berbaloi..



Jadi yang ada plan nak beli air fryer, pi beli cepat!!! yang dah beli tak payah nak masuk kotak balik. Guna je ok.. hehe
Ingat ayam tak salah, yang salah ayam goreng tepung (Tepung ada kanji) so goreng je ayam pakai kunyit. Selesai.. =)










Comments

Popular posts from this blog

Cara Jual kereta Terpakai di Mudah.my

Menu Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat

Apa itu HSG? Sakit ke buat HSG?