6 Tips Masuk Rumah Baru

Huh, bila dapat je kunci rumah daripada Developer, mesti blank tak tahu nak buat apa dulu kan. Tak tahu apa yang perlu diutamakan dulu supaya boleh duduk rumah baru tu. Hah, meh zati share apa korang perlu buat...Ini berdasarkan pengalaman sendiri masuk rumah baru. Setiap orang mungkin lain caranya. Oh selain jual supplement, aku memang suka buat kerja kerja begini. hahaa

1. Cek kerosakan dan kecacatan 

Biasa la yang buat rumah tu manusia jugak jadi mesti ada kerosakan yang diorang tak perasan. Jadi tugas pembeli untuk periksa sebarang kerosakan yang ada di rumah seperti dinding pecah, cat tidak sekata, plaster pecah ke, bocor ke, atau apa-apa je yang tak sedap mata memandang. 

2. Upah Wireman

Langkah kedua, kami survey wireman untuk buat wiring satu rumah. Sebab kalau nak cantik better buat sebelum duduk untuk tambah plug sebanyak mungkin, tambah point aircond, point kipas dan macam macam lagi. Kalau buat sebelum duduk, dia akan tebuk dinding so xde la sakit mata memandang.. Kalau pandai buat sendiri boleh je buat tapi sah sah la kami tak pandai. haha. Setelah survey kami memilih En Jai dari Meru Perdana. Oh, selain tambah plug kami upah sekali pasang lampu dan kipas satu rumah. Sekali jalan je. No En Jai 019-5472330

3. Tempah Langsir dan Pasang Tinted dan Grill

Ok bila dah selesai kerja-kerja wiring satu rumah, boleh la tempah langsir plak. Ini terpulang la kat korang. Boleh je pergi nagoya atau jakel beli kain dan upah jahit. Macam aku, aku tempah di Beauty Decor kedainya tarletak di pekan Ipoh, area Lokin. Jahitannya kemas, dan memang puas hati.    Sebenarnya beberapa kedai dah survey tapi kedai ni menawarkan harga yang paling murah dengan kualiti yang aku nak. Waktu panggil orang datang nak ukur untuk langsir, aku panggil juga orang untuk ukur nak pasang tinted sekali. Memang rasa efficent betul hari tu. Semua buat serentak. hahaaha. Selesai kerja tinted baru aku panggil orang buat grill. Sebab kerja mentinted akan lebih mudah kalau tak buat grill lagi. Oh, tinted dan grill ni xsempat survey pun, ambil je no dari kawan yang pernah buat rumah dia. Rasanya agak berbaloi dengan pakej ditawarkan. Tinted sekitar Rm1000 untuk rumah teres 2 tingkat. Tinted ni tak wajib pun tapi demi menjaga aurat, dan nak bagi rumah rasa sejuk sikit. Cantik juga sebab warna hijau hijau gitu.. Warna boleh pilih tau.. Orang tinted ni xde kedai, freelance so harga dia agak murah.  Selalu tinted tak mengambil masa yang lama, hanya tempoh menempah je. Grill plak aku ambil design paling simple sebab aku memang sejenis tak suka kerawang kerawang ni. tapi aku tambah powder coating bagi tahan lebih lama. Kekemasan memang tiptop. Dia juga boleh buat autogate. Setakat ni aku survey dia paling murah. Ok kat bawah ni aku attach link fb tempat aku tempah langsir dan contact no. Aku duk Ipoh tau so harap dapat membantu orang orang Ipoh. 

Tinted = 016-5283763
Grill = 016-5680185

4. Cat Rumah

 Cat rumah ni pun tak wajib tapi aku memang minat deko deko ni so aku fikir kalau cat siap siap sebelum masuk rumah lebih senang kerja aku nak mendeko. Aku beli cat online je dan aku upah orang cat. Dalam seminggu siap satu rumah. Ada juga bahagian aku tak cat contohnya tangga. Kos lebih murah kalau begini. Kalau panggil orang from A-Z mau 3-4 k kot. Kalau ada bajet lebih, boleh la buat plaster siling, wainscotting ke, kitchen cabinet ke. Macam kami utamakan yang wajib je dulu. Sebab tu mampu tambah cat je.hahaa

5. Cuci Rumah

Sementara tunggu langsir dan grill  siap boleh la cuci rumah. Kami cuci sendiri, kekonon nak feel main air kat lantai n buat gelongsor. hahaha .berangan. Kalau rasa tak nak letih boleh je panggil bibik, rate selalunya Rm100-150 sehari kot. 

6. Masuk Perabot dan Deko!

Akhir sekali, bila rumah dah bersih, tinted, grill dan langsir dah pasang boleh la bawak masuk perabot. Macam kami beli sikit sikit kat Ikea dan kedai perabot. So bila rumah dah siap je baru call suruh hantar. Ada yang dekat setahun sebelum aku beli. Sebab tau dah masuk rumah lagi banyak duit nak pakai so beli sikit sikit tak rasa sangat kan. Ada juga perabot yang aku makeover je yang lama. Contoh katil aku spray balik, nampak macam baru kot. haha. Padahal katil tu dari rumah tak nak pakai dah. Akhirnya siap!!! Boleh basuh kaki masuk rumah.. Nak lagi afdhal buat doa selamat terus ye dak. =)







Comments

  1. Tips yang sangat membantu. Memang banyak nak kena buat bila masuk rumah baru. Kos pun banyak jugak, rasa nak buat sendiri je semua, tapi tak pandai. haha...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Jual kereta Terpakai di Mudah.my

Menu Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat

Apa itu HSG? Sakit ke buat HSG?