Homestay Putrajaya yang Selesa Dan Terbaik

Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia menggantikan Kuala Lumpur sejak 1999. Putrajaya terkenal dengan bandar raya pintar dalam taman yang hanya terletak kira-kira 25 km dari Kuala Lumpur. Kini, selain pusat pentadbiran, Putrajaya juga merupakan pusat pelancongan yang semakin digemari untuk dilawati. 

Tempat Menarik Di Putrajaya

Terdapat banyak kawasan yang menarik untuk dilawati. Putrajaya kaya dengan bangunan yang unik senibinanya seperti Kompleks-Kompleks Kerajaan, Masjid Putra dan Masjid Tunku Mizan (Masjid Besi). Masjid-masjid ini juga menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara kerana landskap taman yang menarik dan luas. Lokasinya di sebelah Tasik Putrajaya membuatkan suasana masjid lebih aman dan damai. Senibina masjid yang disaluti silver juga kelihatan sangat indah dan strukturnya yang unik memang sangat dikagumi. Tasik Putrajaya juga merupakan tarikan utama para pelancong. Antara aktiviti menarik ialah menaiki 'boat cruise' mengeliling tasik Putrajaya. Selain itu, pelancong juga berpeluang menaiki belon udara panas di Skyrides Festival Park. Pelancongan berpeluang melihat pemandangan cantik 360 darjah dari ketinggian 150 m.

Tetapi jika sudah sampai ke Putrajaya, sudah semestinya tidak cukup sehari. Terlalu banyak lokasi menarik untuk dilawati. Terdapat beberapa hotel sekitar Putrajaya tetapi jika pergi ramai lebih selesa mencari homestay kan. Jadi mari saya share 1 homestay yang sangat best untuk anda sekeluarga menginap.

Homestay yang saya maksudkan terletak di D' Tamara Apartment Presint 8. Homestay ini sangat mewah seolah-olah anda menginap di hotel apartment. Selain itu, pemandangan masjid besi dan tasik yang sangat cantik dari balkoni pasti menambah keseronakan penginapan anda. Homestay ini juga dilengkapi dengan internet berkelajuan tinggi UNIFI dan semua kelengkapan rumah. Lokasinya sangat strategik iaitu terletak berhampiran dengan kedai makan, kedui runcit, lobi layan diri dan macam macam lagi. Anda hanya perlu berjalan kaki. Dan yang paling menarik adalah harganya yang sangat berbaloi.

Ini ruang masuk homestay ini. Simple but nice. 


Ruang makan. Meja makan ini boleh diduduki oleh 9 orang .

Ruang dapur yang selesa lengkap dengan dapur, oven dan microwave.

Kelengkapan lain juga disediakan seperti peti ais, cerek,  persuk nasi .

Bilik utama. Dekorasi yang menarik pasti membuat penginap tidur lena.

Bilik tetamu kedua. Agak simple tapi lengkap dengan almari perabot dan kelengkapan lain.

Bilik tetamu ketiga. Boleh memuatkan 2 orang. Katil yang unik dan menarik.

Pemandangan dari balkoni. Tenang tau...

Ha dari balkoni juga anda berpeluang melihat belon udara panas. 

 Oh, ini bukan homestay saya. Saya hanya pernah menginap di sini dan oleh kerana sangat teruja saya kongsikan dengan anda semua!!!Saya booking thru Airbnb tetapi jika anda berminat boleh terus hubungi owner iaitu Puan Nora 019- 3499266. Owner sangat baik. 

Tetapi jika anda memerlukan supplement boleh terus hubungi saya =)

Izzati Ramlee
012-4701404


Comments

Popular posts from this blog

Cara Jual kereta Terpakai di Mudah.my

Menu Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat

Apa itu HSG? Sakit ke buat HSG?