Bell's palsy bukan strok

Siapa pernah dengar pasal Bell's palsy? Honestly, saya baru tahu pasal penyakit ni waktu drama AKU BUKAN BIMBO. Shaheizy Sam kena Bell's palsy. Waktu tu la start google pasal Bell's palsy ni.
Bell’s palsy adalah lumpuh yang bersifat sementara pada salah satu sisi otot di wajah.  Ini menyebabkan salah satu sisi muka akan kelihatan jatuh atau melorot. Ia disebabkan saraf muka tidak dapat berfungsi dan mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka.
Kebiasaannya pesakit strok mengalami kelumpuhan bukan sahaja pada wajah malah tangan dan anggota badan yang lain. Manakala Bell's palsy hanya mengalami kelumpuhan di bahagian muka dan bukan berpunca daripada darah tinggi, diabetes atau penyakit lain.
Setakat ini, belum ada punca specifik penyebab penyakit ini. Antara punca yang kurang pasti Bell's palsy mungkin disebabkan radang akibat jangkitan virus seperti herpes dan menyebabkan saraf muka membengkak. Saraf membengkak dalam saluran tulang yang sempit ini menyebabkan kerosakan dan perencatan saraf. Kegagalan saraf muka menyebabkan mata tidak boleh dikerdip dan tutup, pergerakan bibir dan lidah terganggu, air liur meleleh dan hidung seakan jatuh. Selain itu, bell's palsy juga mungkin ada kaitan seperti trauma, faktor sekeliling, emosi yang tidak stabil.
Kira-kira 50% pesakit boleh pulih dalam masa 2-3 minggu. Walaubagaimanapun, ada sesetengah kes yang boleh pulih dalam tempoh 10 hari tanpa rawatan khusus. Antara 35-40% mengambil masa sehingga setahun untuk pulih dan hanya 5% yang tidak dapat pulih sepenuhnya.
Kebiasaannya doktor akan memberi pesakit steroid dengan dos yang tinggi pada peringkat awal sehingga tempoh dua minggu. Sesetengah pesakit tidak memerlukan rawatan khusus bergantung kepada tahap pesakit. Pesakit yang mengalami lumpuh sepenuhnya sehingga mata dan mulut tidak boleh ditutup, rawatan dengan pembedahan khas dijalankan. Pesakit perlu mendapatkan rawatan awal dalam masa 48 jam selepas diserang Bell's palsy bagi memudahkan proses rawatan. 
Jika anda diserang,  Shaklee ada menyediakan supplement untuk membantu memulihkan Bell's palsy. Antara supplement yang disediakan seperti VIVIX, B complex, Vitamin E dan Omega Guard. 
Saya juga sertakan beberapa testimoni pesakit yang makin sembuh dengan produk Shaklee. 


Cara untuk dapatkan supplement SHAKLEE. Hanya perlu hubungi saya di talian 012-4701404. Penghantaran percuma di sekitar IPOH dan pos laju ke seluruh Malaysia. 

Izzati Ramlee
Your Trusted Wellness Entrepreneur
012-4701404

Comments

Popular posts from this blog

Cara Jual kereta Terpakai di Mudah.my

Menu Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat

Apa itu HSG? Sakit ke buat HSG?