Hari lahir terakhir bersama abah 14 .4 . 2014

Kelmarin 14.4. 2017 merupakan hari lahir ku yang ke 30. Bila dah masuk 3 series ni, takde la excited sangat nak sambut birthday. Seriously lebih pikir apa aku nak dalam hidup? apa aku  dah capai setakat ni? dan satu lagi perkara yang saya terfikir 14.4 .2014 tahun terakhir abah wish birthday kepadaku.
Masih terngiang ngiang suara abah waktu abah call..
" Happy birthday anak abah!! cantik birthday anak abah 14.4.14." Seronok dapat bersembang malam tu walaupun rumah kami dalam 10 minit. hee.  Waktu tu abah normal, masih boleh pergi kerja macam  biasa. Cakap macam biasa..  Tapi satu perkara aku perasan, abah takde selera makan. Sedangkan dulu abah memang kuat makan tapi badan abah fit sebab abah memang rajin bersenam. Dalam hujung bulan 4 tu kami ada kenduri sepupu saya di Shah Alam. Waktu tu abah nampak lemah, abah rehat di bilik rehat sebab kenduri di dewan. Abah hanya masuk dewan untuk makan, itu pun sikit je. tangkap gambar pun sekejap je kot. Macam biasa, ingat abah sakit biasa.
Hari berganti hari, masuk bulan 5. Tetiba mak call kata abah sesak nafas kat sekolah. Mak suruh datang rumah mak bawak abah ke klinik. Abah kata boleh drive lagi dari sekolah. Tapi bila abah sampai rumah, saya tengok teruk sangat. Abah terduduk.. Dengan tegas saya kata kita pergi hospital terus. Teruk sangat ni. Kalau tak, abah nak pergi klinik je. Bila sampai emergency, doktor detect pneumonia. Katanya tak teruk, dapat antibiotik dan boleh balik rumah. Dalam seminggu makan ubat, tak jadi apa. abah letih, abah nampak lesu. Jalan dah mula kena pimpin. Kebetulan memang ada appointment dengan hospital sebab batu karang waktu abah pergi klinik dalam sebulan sebelum. Jadi kami pergi balik hospital untuk kes batu karang plak. Tapi abah explain kata dia sakit ni, masih sesak nafas, abah mintak warded sebab memang lemah. Saya merangkap anak manja abah memang kena teman abah masuk jumpa doktor. Bila dah warded abah kena tambah darah sebab darah pun tak xcukup. Bila tambah darah masuk air, abah nampak bertenaga. Alhamdulillah. Abah dibenarkan keluar dan dapat tarikh untuk buat ct scan kalau tak silap. Beberapa hari di rumah, abah sesak nafas balik. Erm. Saya hantar ke hospital lagi. Kali ni kes lain plak. Sebab darah abah drop lagi. So doktor suspect something kat perut. buat endoscopy, saya tak ingat keputusan dia. tapi still takde jawapan kenapa abah makin lemah. Tapi ct scan masih kena tunggu. belum sampai giliran. Abah dibenarkan keluar lagi. Datang nanti untuk ct scan sahaja sebagai pesakit luar. Hari ct scan, abah masih lemah. dah mula berkerusi roda. Saya ingatkan boleh dapat keputusan terus. Tetapi tak.. kena tunggu dalam sebulan.. Dalam hati lamanya!!!! Nak buat macam mana memang procedur macam tu.
Beberapa hari abah di rumah, abah dah tak mampu buat apa. Lemah. tapi doktor di hospital kata takde apa apa sehingga waktu tu kecuali batu karang. Yang hairannya kenapa makin lemah. orang lain ada juga batu karang tapi tak macam tu... Erm.. Adik abah suggest pergi hospital lain supaya dapat keputusan cepat. Kami bawa abah. Setelah pemeriksaan menyeluruh tak sampai 24 jam doktor panggil kami. Abah sebenarnya menghidap KANSER PANKREAS stage 4!!!!!  Doktor hanya bagitau abah memang takde harapan nak hidup. Bila bila masa boleh pergi.. Kanser dah merebak ke organ lain. Hati abah penuh dengan sel kanser. Allahuakbar. Rasa kaki tak berpijak tanah.  Lagi beberapa hari nak ramadhan waktu tu. Rupanya selama ni abah lemah sebab kanser!!!

Kami tak berputus asa. Macam macam alternatif kami usahakan. Tapi abah dah terlalu lemah. 15 Ramadhan  bersamaan 13. 7 . 2014 di waktu sahur abah pergi meninggalkan kami. Dalam 3 minggu selepas kami dapat keputusan penyakit abah. Abah pergi dengan mudah. Sedih.. Tapi bila tengok cara pemergian abah yang sangat mudah. Saya bersyukur.. Sejak itu kesedaran terhadap kanser makin tinggi. Kalau dulu bila orang cakap kanser rasa takut sangat. Tapi sejak ayah sendiri kena, tahap waspada lebih tinggi. Saya senaraikan beberapa simptom yang abah alami.

1. berat badan turun mendadak. ni macam beberapa bulan je turun 10 kg.
2. tiada selera makan
3. najis gelap sebab kanser dah pergi ke usus kalau tak silap
4. sakit belakang. ni tanda kanser pankreas yang kami tidak sedar. Ingatkan sakit belakang biasa
    sebab dah meningkat usia

Saya mula serius dengan supplement SHAKLEE  sebab saya percaya dengan landmark study yang telah dijalankan oleh SHAKLEE. Saya nak bagi kesedaran kepada orang ramai tentang kanser. Dah rasa tanggungjawab saya untuk membantu orang ramai yang kena kanser atau yang ingin dijauhkan dari kanser. Saya mungkin tak sempat nak tolong ayah sendiri sebab ia terlalu cepat berlaku tanpa kami sedari tetapi masih ramai di luar sana yang baru stage 1,2,3 mahupun 4 yang masih sempat dirawat. Shaklee ada menawarkan satu supplement premium yang mengandungi resveratrol iaitu VIVIX. Resveratrol dapat membantu memperbaiki sel kanser dan menyihatkan sel sel di badan. Ramai juga pesakit kanser dah makin pulih dengan VIVIX SHAKLEE. Di bawah ini saya sertakan testimoni testimoni bekas pesakit kanser yang kini bebas kanser.




Jom sedarkan ahli keluarga anda dengan bahayanya kanser supaya tahun ini bukan tahun terakhir anda menyambut birthday bersama orang tersayang. Saya sendiri tak pernah terfikir 14.4.14 merupakan hari lahir terakhir bersama abah. Hubungi saya segera untuk dapatkan VIVIX SHAKLEE. Saya ikhlas membantu. Perkhidmatan penghantaran percuma (COD) di sekitar Ipoh dan pos laju seluruh Malaysia disediakan. Khidmat rundingan ahli farmasi juga disediakan.


Izzati Ramlee
Your Trusted Wellness Entrepreneur
012-4701404

Al-fatihah untuk arwah abah
Ramlee bin Ismail

Comments

Popular posts from this blog

Cara Jual kereta Terpakai di Mudah.my

Menu Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat

Apa itu HSG? Sakit ke buat HSG?