Vitamin sintetik vs vitamin semulajadi

Vitamin sintetik diperbuat daripada bahan kimia sepenuhnya manakala vitamin semulajadi diperoleh terus daripada tumbuhan yang mengandungi vitamin tertentu. Pada asasnya struktur kimia kedua dua jenis vitamin sama sahaja tetapi vitamin sintetik mengandungi bahan lain yang tak diperlukan oleh badan.
Saya bagi contoh Vitamin E. Vitamin E dalam bahasa kimia dipanggil tocopherol.  Cuba tengok kat gambar di bawah tu. Ha tu la cara buat vitamin E yang sintetik yang terdapat di pasaran. Dari awal bahan memang menggunakan bahan kimia.


Tetapi melalui proses sintesis ni bukan alpha-tocopherol je terhasil. Ada lagi bahan lain yang terhasil seperti belta, gamma, delta -tocopherol. Semuanya vitamin E tetapi berbeza sedikit pada struktur kimianya superti gambar di bawah. Manakala kalau vitamin E semulajadi hanya alpha-tocopherol sahaja yang wujud. Sebenarnya alpha-tocopherol sahaja yang aktif  manakala yang lain lain yang diperoleh daripada proses sintesis tidak digunakan dalam badan.  Jadi mana pergi nya? Belta, gamma, delta mungkin dapat dikeluarkan daripada badan melalui proses perkumuhan tetapi masih ada yang tertinggal dan menjadi toksik. Ini juga menganggu penyerapan Vitamin E yang aktif.

Selain itu, Vitamin E sintetik wujud dalam bentuk 'dl' manakala vitamin E semulajadi wujud dalam bentuk 'd'. Boleh rujuk gambar di bawah. Perbezaan antara 'd' dan 'dl' hanyalah kedudukan CH3 yang di tengah tengah compound. Compound kimia ni sangat kompleks dan wujud dalam 3 dimensi. CH3 yang dihubungkan dengan garis gelap menunjukkan CH3 terjojol ke hadapan manakala CH3 garis putus putus menunjukkan CH3 ke arah belakang. Kedudukan itu sahaja menyebabkan perbezaan dalam penyerapan Vitamin E ke dalam badan. Badan hanya boleh menyerap Vitamin E dalam bentuk 'd'. Oleh itu, Vitamin E sintetik yang berbentuk 'l' tidak digunakan pun dalam badan dan mengganggu peyerapan Vitamin E yang wujud dalam 'd'. Selain itu, Vitamin E dalam bentuk 'l' yang akan tertinggal dalam badan lama lama akan menjadi toksik..



Jadi sekarang nampak tak apa perbezaan vitamin semulajadi dan sintetik. Vitamin semulajadi hanya mempunyai bahan-bahan yang betul betul digunakan dalam badan manakala Vitamin sintetik mengandungi bahan lain yang tidak diperlukan dalam badan. Bahan yang tidak diperlukan dalam badan ni bukan 100% dapat dikeluarkan daripada badan. Contohnya, kalau kita minum 100 ml air, kita tak buang air kecil 100 ml juga kan?. Pasti ada yang terserap dalam badan tetapi tidak digunakan. Ini yang merisaukan. Lama kelamaan takut akan menjadi toksik.

Oleh itu, pastikan anda mengambil VITAMIN SEMULAJADI kerana dijamin selamat. Jom dapatkan Vitamin yang selamat, hubungi saya segera =).. Hidup sihat itu nikmat.. Kita memerlukan Vitamin untuk memenuhi nutrien dalam badan.

Penghantaran percuma sekitar Ipoh dan khidmat rundingan dengan ahli farmasi disediakan.


Izzati Ramlee
012-4701404



Comments

Popular posts from this blog

Cara Jual kereta Terpakai di Mudah.my

Menu Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat

Apa itu HSG? Sakit ke buat HSG?