Hati hati dengan kanser pankreas..

Arwah abah dulu merupakan pesakit kanser pankreas. Keluarga hanya dapat tahu dalam 3 minggu sebelum meninggal dunia.
Kanser pankreas ni biasanya tidak menunjukkan simptom awal dan hanya dapat dikesan apabila dah merebak. Memang kebanyakkan pesakit hanya dapat dikesan bila kanser dah dalam keadaan serius.
Itu lah yang terjadi dengan arwah abah. Pankreas terletak jauh di dalam rongga badan. Antara fungsi pankreas menghasilkan insulin. Insulin berfungsi mengawal keseimbangan tahap glukosa dalam darah.

Apa itu glukosa?
Glukosa adalah gula yang terdapat di dalam darah. Makanan yang dimakan akan dicernakan sebelum diserap ke dalam darah. Makanan yang mengandungi kanji atau gula akan dicernakan di usus menjadi glukosa. Glukosa di dalam usus kemudian diserap ke dalam darah. Insulin membantu glukosa ini bertukar menjadi tenaga. Seseorang yang makan terlalu banyak makanan berkanji atau bergula akan mempunyai paras glukosa yang tinggi dalam darah.

 Apa itu insulin?
Pankreas menghasilkan insulin. Insulin diperlukan oleh sel sel dalam badan untuk menghasilkan tenaga. Selepas makan, paras glukosa dalam darah akan tinggi. Maka insulin akan dirembeskan oleh pankreas untuk menukarkan glukosa kepada tenaga. Kegagalan pankreas untuk menghasilkan insulin menyebabkan paras glukosa terus meningkat dan mengakibatkan penyakit kencing manis atau diabetis melitus.



Pada awalnya abah hanya dikesan menghidap kencing manis. Pada usia 50-an penyakit itu biasa. Abah hanya mengambil ubat kencing manis. Sebenarnya saya agak hairan macam mana abah boleh kena kencing manis sedangkan abah memang tak suka manis. tapi bila pikir pikir mungkin disebabkan keturunan.. ok la. Tapi yang tidak biasa, abah kena kencing manis beserta sakit belakang. Waktu tu tak pikir banyak, google tapi tak tau nak buat apa. Sebab honestly abah nampak normal. Tetapi sakit belakang abah makin teruk. Ubat tahan sakit dah jadi bestfriend dia. sentiasa ada dalam purse..Erm. Rasa risau tapi tak tau nak buat apa. Waktu tu duit pun tak berapa ada nak bawak pergi private. Tapi disebabkan abah maman suka buat kerja berat so ingatkan sakit belakang tu sebab kerja berat. Abah ada buat follow up pasal sakit belakang kat klinik. Dr kesan ada batu karang. Okla so kami pun buat appoinment dengan hospital pasal batu karang tu. Sempat la buat ct scan tapi kena tunggu giliran untuk tahu keputusan. Tapi sakit belakang abah makin teruk!!!! Teruk sangat.. Pak su (adik abah) offer pergi cek kat private sebab nak cepat. Bila selesai cek memang sah abah ada KANSER PANKREAS dan Dr bagitahu boleh pergi bila bila masa sebab dah merebak ke hati dan organ lain. Allahuakbar... Memang  selama ni benda ni la paling takut nak dengar.. Begitu cepat berlaku. Kami tak sedar sebelum ni.

Saya cerita ni bukan nak mintak simpati, tapi nak share simptom Simptom kanser pankreas yang mungkin ramai tak sedar.
1. Diserang kencing manis secara tiba tiba. Pankreas tidak dapat berfungsi kerana ada kanser menyebabakan tidak dapat menghasilkan insulin dan tidak dapat mengawal kandungan glukosa dalam badan.

2. Mata dan kulit menjadi kuning (ini hanya dikesan dalam sebulan sebelum meninggal untuk kes abah). 

3. Kurang selera makan. (ni pun berlaku beberapa bulan sebelum meninggal )

4. Najis menjadi gelap 

5. Turun berat badan secara mendadak (abah turun berat badan dalam 10 kg dalam masa yang singkat)

6. Sakit belakang yang berterusan (kebanyakkan orang sakit di perut tapi abah sakit di  pinggang) 

Jadi, hati hati la bila anda atau keluarga anda rasa sakit yang berpanjangan. Cepat cepat la jumpa Dr pakar sebelum terlambat. Sejujurnya sekarang saya memang mengambil vitamin tambahan supaya dijauhkan daripada kanser. InsyaAllah. Saya memang ikhlas nak tolong supaya kita semua dijauhkan daripada kanser. Jangan makan vitamin sebarangan takut lebih memudaratkan. Vitamin memang boleh membantu daripada diserang kanser.  Nak tahu lebih lanjut hubungi saya. Suami saya juga merupakan pegawai farmasi yang boleh membantu member konsultasi secara percuma. 


Izzati Ramlee
012-4701404



Comments

Popular posts from this blog

Cara Jual kereta Terpakai di Mudah.my

Menu Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat

Apa itu HSG? Sakit ke buat HSG?