Bagaimana Ingin Mengandung Cepat?

Setiap pasangan yang sudah berkahwin mesti inginkan cahaya mata. Dari bulan ke bulan mencuba unutk mengandung tetapi hampa. Bila datang bulan, kecewanya sukar digambar. Menangis macam esok nak kiamat pun ada (aku la tu). Bila tak datang bulan, cek upt, hampa juga. Dari bulan ke tahun. Adakah perlu tunggu je? Bagi saya, kami tiada masa untuk tunggu. Semakin hari semakin berusia. Sementara masih kuat ingin juga besarkan anak sendiri. Bila tengok kawan kawan sekeliling mengandung, sedih. Bila tengok orang yang kahwin selepas kita mengandung, rasa kecewa. Tapi sampai bila???

Apa langkah yang perlu diambil?

JUMPA DOKTOR SAKIT PUAN. Doktor yang saya maksudkan ialah doktor pakar. Bukan doktor di klinik klinik biasa. Doktor sakit puan lebih arif dan lebih banyak pengalaman untuk membantu kita untuk mengandung. Mungkin ada yang keliru, di mana ingin dapatkan doktor sakit puan? Jangan risau, terdapat banyak pilihan. Ada doktor yang membuka klinik sendiri kalau di IPOH Dr Raofah di SILIBIN atau anda boleh pergi ke hospital hospital seperti pantai atau KPJ. Minta dirujuk ke  doktor sakit puan. Bila pergi hospital ni jangan la risau pula, hanya rawatan pesakit luar je. Ala, macam kita pergi klinik biasa cuma di dalam hospital je. Macam saya, di hospital Pantai Ipoh saya berjumpa Dr Mimin. Saya juga pernah dapatkan rawatan daripada Dr Hamid Arshat di Kuala Lumpur.  Terbaru Dr Tham di Hospital Besar Ipoh. Setakat ni 4 doktor saya dah rujuk.
Rawatan di Hospital kerajaan sebenarnya tidak la seperti diwar-warkan.Perlu tunggu lama la, perlu tunggu turn dan sebagainya. Saya pun terkejut dengan servis yang diberikan. Yes, memang la agak rumit sedikit sebab banyak prosedur tapi memang untuk kebaikan kita juga.

Kebanyakan Doktor akan mencadangkan beberapa ujian untuk tahu tahap kesuburan kita.
1. Ujian Sperma
2. Ujian tiub Fallopio (HSG)
3. Ujian darah
4. Pap smear

Untuk entry kali ini saya ingin tekannan APA ITU HSG? bagaimana rawatan itu dijalankan.
Sejujurnya, rawatan HSG ini la yang paling sakit sepanjang rawatan kehamilan ini. Tapi nak tak nak kena buat juga. Rawatan ini dijalankan untuk mengenalpasti adakah tiub fallopio kita tersumbat atau tidak. Satu tiub yang panjang dimasukkan ke dalam vagina. Tiub tu akan dimasukkan ke dalam rahim dan di suntik cecair yang dipanggil dye. Dye ni  berwarna. Jadi ada alat scan xray di atas perut kita akan tangkap gambar pergerakan dye itu ke tiub fallopio. Kalau dye itu bergerak maksudnya tiub fallopio ok tetapi kalau tidak bergerak bermaksud tiub fallopio tersumbat. Tiub boleh tersumbat sama ada kanan sahaja, kiri sahaja atau kedua dua sekali.


Jika anda mengalami masalah sukar mendapatkan anak, jumpa doktor segera. Dapatkan rawatan yang terbaik. Doktor juga menasihatkan saya untuk makan supplement supaya membantu untuk lebih subur. Alhamdulillah saya berjaya hamil selepas beberapa rawatan tetapi keguguran. Sekarang sedang berusaha untuk hamil semula . =)

Ingin tahu apa supplement sesuai untuk kesuburan? Jom hubungi saya segera. Penghantaran percuma sekitar IPOH untuk pembelian RM50.

Izzati Ramlee
012-4701404


Comments

Popular posts from this blog

Cara Jual kereta Terpakai di Mudah.my

Menu Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat

Apa itu HSG? Sakit ke buat HSG?