Tempat Menarik di Penang (part 2)

Ok setelah sekian lama, baru berkesempatan nak sambung cerita tempat menarik di Penang terutama sekali tempat makan. hehe. Part 1 boleh baca disini.

https://saudagarvitamin.blogspot.my/2017/10/tempat-menarik-di-penang-part-1.html

Pagi hari kedua di Penang kami breakfast di hotel je. Lepas tu lepak kat hotel je sementara tunggu kawan suami n isteri dia sampai. Diorang sampai je kami terus start misi jalan jalan cari makan. =)
Lokasi pertama hari kedua ialah DEEN MAJU. Yang bestnya DEEN MAJU ni terletak dekat sangat dengan hotel kami duduk, jalan kaki dalam 5 minit. DEEN MAJU ni bukak pukul 2.30 petang sampai 11 malam. Jadi sebelum nak tunggu lunch kat situ, lebih baik lapik perut ke apa dulu sebab dah sampai situ kena beratur panjang plak average 30 minit -1 jam nak sampai turn. Tapi seriously korang takkan menyesal sebab memang terbaik nasi kandar dia dengan harga yang berpatutan. Jemput tengok menu kami,  sotong, udang semua ada. dalam RM100 rasanya tapi memang amik lauk pun yang mahal. kalau ayam n sayur je tak sampai  RM10 pun sepinggan.


Selesai lunch kami balik hotel sempat la swimming dulu bakar lemak. hehe. Lepas tu dalam 6.30 petang terus gerak ke Padang kota plak. Kali ni pekena MEE SOTONG plak. Kedai mee sotong ni bukan dekat area pasembor tu. dia kat food court area tengah tengah Padang kota, sebelah Fort Cornwallis. First time try ni, sedap juga la. Itu konon minum petang hehee..


Selesai mee sotong, kami pergi layan wayang plak dekat First Avenue sementara nak tunggu NASI KANDAR BERATUR bukak. Tengok tengok habis wayang pun dekat pukul 12 lebih tapi misi masih diteruskan. Terus gerak ke NASI KANDAR BERATUR.tak lapar pun tapi saja nak rasa. =)



Jadi selesai la hari kedua kami di Penang. Semua tempat tempat makan ni sekitar Georgetown je. Jadi kalau nak pergi better book hotel area Georgetown juga. Senang..

Hari ketiga.
Pagi hari ketiga kami keluar cari breakfast. Breakfast hotel? tak pandang sangat. haha. Lokasinya mestila TAMAN TUN SARDON. Kat situ macam food court, sebelah pasar. Orang memang ramai dan makan pun banyak pilihan serta murah. Dan semestinya sedap sedap belaka. Antara yang famous kat situ, serabai, nasi lemuni, roti daging, lontong dan macam macam lagi. Wajib pergi tau kalau ke PENANG.


Lepas kenyang kami balik ke hotel, siap siap dan check out. Dan lokasi seterusnya ialah BUKIT BENDERA. Bukit bendera sekarang dah banyak perubahan tau. Parking pun dah ada parking bertingkat so takde masalah parking sangat. Tapi bila sampai kat kanter tiket, mak ai, ramai teramat. Nak beli tiket satu hal, pastu kena beratur lak kali kedua untuk naik tren.Ada dengar orang orang kat situ kata dekat 3 jam tunggu untuk dapat naik. Mujur ada tiket fast lane. Tiket ni mahal sikit RM30. Kalau yang biasa RM10. tapi tak perlu nak beratur lama untuk naik tren. Ala ala VVIP gitu. TApi kalau plan nak pergi, better beli tiket online. Macam waktu kami pergi, nak beli tiket fast lane pun kena tunggu 1 jam sebab ramai sangat. Bila dah sampai atas, memang banyak perubahan. Byk tmpt dah direnovate. Berbaloi la sejam tgu. Memang cantik n byk aktiviti jgk kat atas tu sekarang. Sediakan duit ja haha. Kami jln jln je pastu teruskan usaha jjcm kami. Pergi kat food court die. Ada byk byk jenis ais kacang yg viral tu. Fuh rambang mata, tapi share je ngn suami sebab besar. 




Dah turun dr bukit bendera kami gerak ke balik pulau plak. Apa lagi kalau bukan LAKSA JANGGUS. Waktu tu dah pukul 4 lbh rasanya. Memang kami tak lunch pun. Kenyang makan kat tun sardon n makan ais kacang je kt bukit bendera. Laksa ni memang sedap la. Penuh orang n yg best pisang goreng dia. 
Selesai laksa, baru nk check in hotel. Hehe. Kali ni saja try lexis penang lak. Dkt je ngn balik pulau ni. Lexis ni kat teluk kumbar. Dah check in memang layan je la bilik n swimming pool dia. terima kasih hubby ku blnja hotel.
Ok untuk dinner lak, kami pergi ILYANA CAFE . Restoran ni dekat sangat dengan hotel. Kami memang jalan kaki je. Restoran ni sebenarnya arwah abah yang selalu bawak dulu. Yg best nya kt situ kari dia. Tengok je la gambar makanan kami selepas tak lunch haha. Memang pulun habis.

Esok nya iaitu hari keempat, breakfast kat hotel je. Lepas check out, operasi mencari jeruk pak ali lak. Ak pun bawak la pergi medan suri ingatkan ada lagi. Tapi rupanya dah tutup. Tapi sempat makan pasembor lak kat medan suri. Kat situ ad jgk peneram yg sedap. Crunchy tau walaupun dah sejuk. Btw, jeruk pak ali ada depan station bus sungai nibong. 
Dah selesai misi beli jeruk, kami bergerak naik jambatan. Tapi tak nak balik lagi. Haha. Teruskan misi jjcm kat seberang,kat mainland. Kami pergi DIN SKOT. Kat sini yg famous nya mee udang. Restoran ni bukak pukul 2 pm. 




Dah selesai makan, baru la betul betul gerak balik ke Ipoh. Jemput tengok gambar makanan kami. Maka selesaila trip penang kami selama 4 hari 3 malam. Terima kasih team jjcmpenang suamiku, Mr Faiz, Acap dan Anis . Nanti kite repeat tempat lain lak. Semoga membantu sesiapa yang nak buat plan ke penang. 
Pastikan book hotel yang dekat dengan kawasan yang best best utk jjcm. Boleh je pm nak tanya pasal penang. Eh, dah makan macam macam ni wajib telan OMEGA GUARD SHAKLEE nak bakar lemak ..hehe.. Nak bakar lemak juga, meh order ngn saya ..

Izzati Ramlee
Your Wellness Entrpeneur
012-4701404

Comments

Popular posts from this blog

Cara Jual kereta Terpakai di Mudah.my

Menu Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat

Apa itu HSG? Sakit ke buat HSG?