Cara hamil tapi ada PCOS..

Saya berkahwin awal tahun 2013. Setiap pasangan selalunya mestila nak zuriat terus kan. Macam tu jugak la kami suami isteri. Tapi sejak kahwin la haid saya lintang pukang. Bila haid tak betul agak sukar nak tentukan waktu subur. Tahun 2013, 2-3 kali je kot period. Bila makin lama, saya pun dapatkan rawatan doktor pakar sakit puan. Doktor sahkan saya menghidap PCOS. PCOS bermaksud polycystic ovarian syndrom. PCOS ni dikaitkan dengan hormon yang tidak seimbang. Sehingga kini tidak dapat dikenalpasti punca utama tetapi berkaitan dengan amalan gaya hidup. Mungkin setelah kahwin gaya hidup bertukar menyebabkan hormon juga bertukar. Berat badan yang meningkat secara mendadak juga punca utama PCOS.
PCOS melibatkan beberapa hormon dalam badan seperti androgen (hormon lelaki), progesteron (hormon wanita) dan hormon insulin.
Doktor mencadangkan makan ubat metformin (ubat kencing manis) untuk stabilkan hormon insulin dalam badan. Di negara negara luar juga, rata rata doktor mencadangkan metformin diberikan kepada penghidap PCOS. Satu masalah saya apabila makan ubat metformin ini, saya akan rasa loya teruk dan itu merupakan simptom biasa untuk pesakit PCOS yang mengambil metformin. Pada tahun 2015, tidak sanggup dengan kesan ubat itu, saya cuba dapatkan  doktor lain untuk second opinion. Doktor kedua terus cadangkan laparoskopi disebabkan saya juga mengalami masalah lain iaitu fallapion tube tersumbat. InsyaAllah, rawatan ini saya akan cerita di entry lain. Saya menjalani pembedahan ini pada bulan Februari 2016. Melalui laparoskopi, doktor melakukan ovarian drilling untuk merawat masalah PCOS saya. Alhamdulillah, period kembali normal setelah pembedahan laparoskopi. Kira kira 5 bulan setelah pembedahan (Julai 2016), saya disahkan hamil. Seronok sangat sangat kerana dapat hamil secara semulajadi. Tetapi kami diuji lagi. Walaupun baby membesar tetapi saiz tidak sama seperti sepatutnya. Doktor minta datang scan selalu untuk tahu perkembangan.  Saya mengalami pendarahan apabila usia kandungan makin meningkat. Dan akhirnya kandungan gugur dan tidak dapat diselamatkan. Dunia rasa gelap. Anak yang kami tunggu tunggu pergi begitu cepat.
Walaubagaimanapun saya masih bersyukur kerana sudah tahu boleh mengandung. Doktor minta berehat dan mencuba selepas 2 bulan. Tahun 2017 InsyaAllah, saya berharap ada rezeki saya untuk mengandung semula. Sangat berharap kali ini kandungan membesar dengan sihat sehingga 9 bulan 10 hari dan dapat dilahirkan dengan sempurna. Tiada apa yang mustahil dengan kekuasaan Allah. Yang penting berusaha dan tidak putus asa. Untuk ikhtiar kali ini, saya konsisten mengamalkan vitamin vitamin SHAKLEE. Antara B-complex dan VIVIX. Saya sangat risau PCOS datang kembali dan saya kena pastikan rahim saya kekal sihat untuk mengandung. InsyaAllah.




Bagaimana VIVIX boleh membantu masalah PCOS
VIVIX mengandungi Resveratrol yang tinggi yang dapat membantu pesakit PCOS. Sejak 10 tahun yang lepas, pelbagai kajian membuktikan potensi resveratrol untuk merawat PCOS.

* Resveratrol merupakan antioksidan yang kuat dimana dapat melindungi sel sel telur daripada radikal bebas dan meningkat kesuburan seorang wanita.
*Resveratrol dapat menghalang penghasilan androgen  (hormon lelaki) yang merupakan antara punca sukar hamil
* Resveratrol dapat membaiki kitaran estrous (kitaran penebalan dinding rahim)
*Resveratrol mengurangkan said sel lemak. Sel lemak yang berlebihan akan ditukarkan kepada hormon wanita dan dapat stabilkan hormon.
* Resveratrol membantu meningkat kan sensitiviti sel tubuh kepada hormon insulin maka kandungan gula dalam badan dapat diseimbangkan.

Oleh itu, berdasarkan kajian yang dijalankan, saintis saintis membuatkan kesimpulan bahawa Resveratrol dapat membaiki sistem tubuh pesakit PCOS dan meningkatkan peluang untuk hamil.

Jika anda juga mengalami masalah seperti saya, atau pun sukar hamil walaupun tiada masalah PCOS, anda boleh mencuba dengan set set vitamin SHAKLEE. Saya akan mencadangkan supplement terbaik mengikut masalah anda. Saya merupakan pengedar sah Shaklee di Ipoh, dan penghantaran percuma juga disediakan di sekitar Ipoh (COD IPOH). Perkhidmatan pos laju seluruh Malaysia juga disediakan.

Izzati Ramlee
Your Trusted Wellness Entrepreneur
012-4701404





Comments

Popular posts from this blog

Cara Jual kereta Terpakai di Mudah.my

Menu Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat

Apa itu HSG? Sakit ke buat HSG?