Cara bagi Anak Bijak dan Mudah Belajar.

Pada suatu hari sembang sembang dengan suami.
waktu tu macam ada cakap sesuatu yang tak masuk akal atau senang cakap, benda bodoh.haha.
Suami cakap sia sia masuk kelas biruni (form 4) sambil gelak besar.kelas biruni ni konon kelas budak pandai ler.

pastu isteri balas balik, tu la tak sangka dulu pernah dapat straight A PMR pun boleh cakap macam tu.

Suami ku terperanjat.. Eh, PMR 9A ke??? Nak kata xde rupe budak dapat 9A la tu. Tau la dia mmg 9A.

hahahahaha aku hanya gelak besar. Tak percaya kan?? saya pun tak percaya. pelajar perempuan yang dapat 9A tak ramai sangat dan semua yang dapat tu mmg budak pandai kecuali AKU. hahaaha. yela aku bukan budak top pun kat sekolah dalam akademik tetiba dapat 9A. Periksa dapat nombor teruk saja. 

Bila dapat straight A dapat masuk kelas budak pandai. Aku rasa aku boleh juga berjaya SPM.
Tapi result start Form 4 makin teruk. Abah jenuh pesan. add math tu buat je latihan walaupun tak reti. buat buat buat. Abah cikgu add math dulu. huuu. Belum fizik, kimia ,biologi lagi. Aku sendiri tak tahu kenapa bodoh sangat time tu. Belajar, paham dapat soalan blur.  Tapi aku yakin mesti SPM pun result aku terkejut macam PMR kot. hehe. Macam buat surprise la konon.

Tiba tiba dapat keputusan SPM aku yang surprise. Result teruk! Tak sama langsung yang aku target. Ada A,B,C. Straight A memang JAUH!

KECEWA..

Aku tak terus balik rumah. Aku tahu abah 10 X lagi kecewa dari aku. aku tidur kat asrama sekolah.  Abah call boleh dengar suara kecewa. anak murid dia dapat lagi elok katanya. down.. Malam tu abah call lagi pujuk, aku cakap kat tangga asrama. biasa tu tempat lepak dengan adik angkat. hee. Esoknya baru balik.

Aku risau aku tak diterima masuk IPTA ke mana mana ke. Aku bukan anak orang kaya boleh masuk yang private. Tetapi Alhamdulillah aku diterima masuk matrik. Matrik ni kalau main main, habis. Aku tekad kena berjaya jugak. aku tak nak degree kos lelong. Masuk kelas kimia kat matrik, satu ayat pensyarah tu cakap yang aku ingat sampai sekarang.

"Saya dulu C kimia SPM tapi sekarang saya jadi Pensyarah KIMIA"

Terus aku fikir, kalau Miss ni boleh aku pun boleh sebab aku pun C KIMIA SPM. =)
Waktu tu baru belajar paham. Aku tukar cara study. aku banyakkan faham dari menghafal. Banyakla aku ubah. First semester aku dapat A kimia, masuk second Semester pun A. Dalam kelas tutor kalau quiz selalu dapat highest mark. Aku cerita kat abah bukan main seronok lagi dia. Dia kata, Ha boleh pun!! Oleh sebab terlalu minat Kimia. Degree dan master pun aku sambung kos kimia. Bukanla nak kata aku hebat kimia ke apa, tak! Banyak je aku dah lupa. Tapi aku puas hati apa aku buat..

NAk berjaya tak mudah tapi tak mustahil. 

Ops, nak anak berjaya juga boleh bekalkan dengan Omega Guard. Omega guard membantu pelajar untuk FOKUS.
Fokus semasa sesi pembelajaran adalah sangat penting kerana penerangan yang diberikan oleh guru lebih berkesan dan mudah difahami daripada belajar sendiri. 

Omega kaya dengan DHA dan EPA dapat membantu anak anak untuk folus dengan membantu sel sel otak berhubung antara satu sama lain dan menyampaikan informasi yang dengan baik. 

Omega-3 adalah asid lemak perlu yang tidak dihasilkan oleh badan. Jadi perlulah diambil dari makanan atau supplement. 

Jom dapatkan Omega Guard anda sekarang!
Penghantaran sekitar Ipoh (COD), berdekatan ipoh dan pos ke seluruh dunia.


Izzati Ramlee
012-4701404
Shaklee ID ; 1074222
Kawasan COD : IPOH dan sekitar IPOH
Pos seluruh Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Cara Jual kereta Terpakai di Mudah.my

Menu Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat

Apa itu HSG? Sakit ke buat HSG?