Vitamin Omega-3 Semulajadi


Bila masuk je tahun baru, semua berazam nak kuruskan badan bagi yang berbadan besar. Niat untuk bakar lemak tu bukan main lagi kan.hehe. Tapi sedar tak, tak semua lemak perlu kita bakar. Aada lemak yang anda tidak boleh kurangkan sebab lemak jenis ni sangat diperlukan oleh badan kita. Antaranya ialah omega-3. Lemak omega-3 ini, tubuh tidak mampu hasilkan sendiri yang terdiri daripada EPA dan DHA yang selalunya diperoleh daripada ikan, kekacang dan bijian.

Kebaikan Omega-3 dipetik daripada WebMD

1. Trigliserida (lemak dalam darah). Omega-3 daripada suplemen minyak ikan membantu menurunkan paras trigliserida dalam badan. Tahap lemak darah yang tinggi sangat bahaya dan berisiko mendapat sakit jantung.

2. Artritis reumatoid. Suplemen minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA boleh menghilangkan kesakitan sendi. Ia juga membantu meningkatkan keberkesanan ubat anti radang.

3. Kemurungan. Terdapat banyak kajian dijalankan yang menunjukkan sesiapa yang memakan makanan yang tinggi Omega-3 mempunyai tahap kemurungan yang rendah. Minyak ikan ini juga membantu meningkatkan keberkesanan antidepresi dan membantu gejala depresi seperti gangguan bipolar.

4. Asma. Pemakanan yang tinggi Omega-3 membantu mengurangkan masalah radang yang menyerang pesakit asma.

5. Perkembangan Bayi. DHA memainkan peranan penting untuk perkembangan neurologi dan visual pada bayi.

6. ADHD. Banyak kajian membuktikan minyak ikan membantu mengurangkan gejala ADHD pada sesetengah kanak-kanak dan meningkatkan kemahiran berfikir, menghafal dan belajar.

7. Penyakit demensia dan Alzheimer. Beberapa kajian menunjukkan Omega-3 dapat melindungi pesakit demensia dan alzheimer dan mempunyai kesan positif keatas kehilangan memori yang sering dikaitkan dengan penuaan.

Bagaimana ingin dapatkan Omega-3 dengan mudah?

Banyakkan memakan ikan yang tinggi Omega-3 seperti ikan salmon, ikan kembung, ikan loma. Sería boleh juga amalkan kekacang dengan jumlah yang tidak terlalu banyak kerana kacang juga tinggi kalori.

Untuk lebih mudah, amalkan sahaja Omega Guard shaklee kerana mengandungi kandungan Omega-3 yang tinggi dan kurang pencemaran.


Hubungi saya segera untuk dapatkan omega guard anda sekarang.
Penghantaran sekitar Ipoh (COD) dan pos ke seluruh dunia.


Izzati Ramlee
012-4701404
Shaklee ID ; 1074222
Kawasan COD : IPOH
Pos seluruh Malaysia


Comments

Popular posts from this blog

Cara Jual kereta Terpakai di Mudah.my

Menu Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat

Apa itu HSG? Sakit ke buat HSG?