Bahayanya kencing manis

Diabetes ataupun kencing manis merupakan penyakit tidak berjangkit. Pada tahun 2013, 3.6 million rakyat Malaysia yang menghidap sakit diabetes. 1 daripada  5 rakyat Malaysia merupakan pesakit diabetes. 52% berumur 18 tahun keatas sudah menghidap penyakit diabetes tetapi tidak dikesan.

Diabetes ada 3 jenis iaitu
Diabetes type I
Diabetes type II
Diabetes ketika mengandung

Untuk entry kali ini saya cerita berkenaan Diabetes type II. Apa pun yang kita makan  contohnya nasi, buah buahan, sayur-sayuran apabila masuk ke dalam badan akan betukar menjadi gula. Kemudian gula ini akan ditukarkan kepada tenaga.
Pesakit diabetes tidak dapat menukarkan gula kepada tenaga. Bila makanan masuk ke dalam badan, organ pankreas akan menghasilkan insulin. Hormon insulin ini berfungsi sebagai membantu gula masuk ke dalam sel badan. Setiap sel dalam badan kita ni ada 'pintu pagar' jadi insulin ni bertindak sebagai 'kunci' kepada sel sel badan supaya gula boleh masuk. Pesakit diabetes type II masih boleh menghasilkan insulin tetapi insulin itu tidak kenal dengan sel maka insulin tidak dapat membuka 'pintu pagar' sel. Apabila 'pintu pagar' sel tidak dapat dibuka maka gula tidak dapat memasuki sel. Oleh itu, gula berkeliaran di dalam salur darah. Apabila gula terlalu banyak dalam darah maka ini yang dinamakan kencing manis atau diabetes.

Siapa yang berisiko untuk dapat diabetes???

Setiap orang sebenarnya berisiko untuk dapat penyakit diabetes. Terutamanya gemuk, orang yang selalu stress, orang yang kerja di office tanpa senaman. kesimpulannya orang tidak mengamalkan gaya hidup sihat.
Faktor keturunan juga boleh menyebabkan diabetes. Oleh itu, hati hati jika ada ahli keluarga yang menghidap diabetes.

Tanda tanda pesakit diabetes
1. Kekurangan berat badan
2. Penat tanpa sebab
3. Mata menjadi kabur
4. Kerap dahaga walaupun minum banyak
5. Kerap ke tandas

Oleh itu, Rakyat Malaysia tidak kira umur sangat disarankan untuk memnuat pemeriksaan kesihatan sekurang kurangnya setahun sekali. Kencing manis yang tidak terkawal akan menyebabkan kerosakan kepada organ organ badan seperti mata, buah pinggang, saraf dan yang paling merisaukan ialah strok. Ubat yang disediakan untuk rawatan sakit diabetes berfungsi membantu menarik gula ke dalam sel dan membantu menukarkan gula melada tenaga.

Jika anda mengalami simptom simpton seperti di atas atau pun mempunyai ahli keluarga yang menghidap kencing manis, saya sarankan anda untuk mengambil vitamin untuk mencegah penyakit ini. Anda juga boleh mengambil vitamin sekiranya doktor sudah mengesan penyakit ini,. Vitamin berfungsi untuk memenuhi keperluan nutrien harian. Antara sebab kenapa diabetes ialah disebabkan kekurangan nutrien. Ubat yang disediakan masih perlu diteruskan mengikut nasihat doktor.        

Shaklee ada menyediakan beberapa produk untuk memenuhi keperluan nutrien untuk mencegah penyakit. Dan produk yang paling bagus ialah VIVIX SHAKLEE.
 Di bawah ini saya sertakan testimoni customer saya yang baru sahaja mengamalkan VIVIX SHAKLEE. Alhamdulillah paras gula dah semakin menurun.




Jadi apa tunggu lagi. Jom hidup lebih sihat dengan SHAKLEE vitamin semulajadi. Hubungi saya segera untuk keterangan lanjut. Rundingan dengan ahli farmasi juga disediakan. Penghantaran percuma sekitar Ipoh dan pos laju seluruh Malaysia.

Izzati Ramlee
Your Trusted Shaklee Distributor since 2013
012-4701404


       

Comments

Popular posts from this blog

Cara Jual kereta Terpakai di Mudah.my

Menu Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat

Apa itu HSG? Sakit ke buat HSG?